Curang Ketika “GF” Tengah Tidur, Neymar Nekad Mohon Maaf Secara Terbuka Demi “Relationship”

Neymar mohon maaf demi relationship

Curang Ketika “GF” Tengah Tidur, Neymar Nekad Mohon Maaf Secara Terbuka Demi “Relationship”

Neymar dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada Rabu lalu kepada teman wanitanya, Bruna Biancardi kerana telah curang kepadanya.

Memetik Firstsportz, penyerang Paris-Saint-Germain itu menggunakan media sosial untuk mengakui kecurangannya dalam percubaan untuk menyelamatkan hubungan tersebut.

Hantaran itu sehingga kini telah mendapat puluhan juta tanda suka dalam tempoh beberapa jam ia dimuat naik.

Ekoran muat naik hantaran itu, ramai pemain bola sepak yang lain turut menyatakan sokongan mereka kepada bekas penyerang Barcelona FC itu.

Sebelum ini, Neymar mengumumkan bahawa dia menjangkakan bakal menimang cahaya mata bersama teman wanitanya itu pada April lalu.

Pempengaruh media sosial, Bruna Biancardi dilaporkan mula menjalinkan hubungan dengan Neymar pada 2021 yang lalu. Namun hubungan itu tidak didedahkan kepada umum sehinggalah Januari 2022 yang lalu.

Pasangan itu kemudiannya mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pada April tahun ini.

Kelahiran kedua ini dipercayai anak kedua Neymar selepas Davvi Luca yang dilahirkan pada 2011 bersama Carolina Dantas.

Pasangan itu juga pernah dilihat menghabiskan masa bersama mereka di Rio de Janeiro pada bulan Jun.

Kejadian curang dipercayai berlaku di rumah agam Neymar

Menurut sumber, ikon pasukan kebangsaan Brazil itu dikatakan melakukan perbuatan curangnya dengan wanita lain di rumah agamnya selepas teman wanitanya tidur.

Bruna pada awalnya tidak menyedari kejadian itu sehinggalah berita mengenainya tersebar secara meluas di media sosial.

Kecewa dengan berita berkenaan, Bruna kemudian dikatakan telah bertindak mengemas barang-barangnya dan meninggalkan rumah agam tersebut.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

“Saya melakukan ini untuk kita berdua dan keluarga kita. Saya perlukan awak dalam hidup kita. Saya pernah melihat betapa anda menderita melalui semua ini.

“Saya sudah buat salah kepada kamu semua. Saya tidak boleh bayangkan hidup saya tanpa awak. Tujuan kita untuk miliki keluarga bersama akan tercapai, cinta kita antara satu sama lain akan menguatkan kita. Saya sayang awak,” tulis serba sedikit hantaran Neymar itu.

Sementara itu, beberapa peminat dilihat cuba mempertahankan penyerang PSG itu. Namun ramai yang percaya bahawa tindakan Neymar itu adalah untuk menyelamatkan hubungan itu daripada terus hancur.

Sumber: Firstsportz

The post Curang Ketika “GF” Tengah Tidur, Neymar Nekad Mohon Maaf Secara Terbuka Demi “Relationship” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*