Polis Tahan Seorang Lelaki Berhubung Kes Lontar Molotov Cocktail Ke Rumah Ngeh

lelaki Molotov Rumah Ngeh

Polis Tahan Seorang Lelaki Berhubung Kes Lontar Molotov Cocktail Ke Rumah Ngeh

IPOH, 12 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berumur lingkungan 30-an yang ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 4 pagi tadi, kini direman hingga Selasa bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

BACA: Polis Buru Suspek Baling Molotov Cocktail Ke Kediaman Ngeh

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes khianat itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim dengan menelefon 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Sumber: BERNAMA 

The post Polis Tahan Seorang Lelaki Berhubung Kes Lontar Molotov Cocktail Ke Rumah Ngeh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*