Dakwa Kena Fitnah, Baby Shima Saman PU Syed & Ketua Pemuda Pas Kuantan

Baby Shima saman PU Syed

Dakwa Kena Fitnah, Baby Shima Saman PU Syed & Ketua Pemuda Pas Kuantan

Penyanyi terkenal, Baby Shima pada hari ini telah bertindak menyaman dua individu iaitu Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, lapor Sinar Harian.

Peguam yang mewakili Baby Shima, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata bahawa pihaknya telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan.

Writa saman dan pernyataan tuntutan itu difahamkan telah difailkan oleh Baby Shima di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Menurut Noor Azfar, tuntutan itu difailkan berdasarkan kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan kepalsuan berniat jahat (malicious falsehood).

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan. Bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baby Shima buat masa ini dilaporkan menolak untuk memberikan sebarang ulasan mengenai saman yang difailkan

Tambahnya lagi, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berbuat demikian bagi menghormati proses yang difailkan tersebut.

Terutamanya buat masa ini pihak yang dinamakan masih belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

“Pihak kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersial.

“Anak guam kami merizabkan haknya untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang negara,” ujarnya.

Kredit Threads

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Tindakan itu dipercayai dibuat oleh Baby Shima selepas dituduh ‘menjual agama’ ketika namanya diumumkan sebagai artis undangan bagi sebuah program.

Program itu dipercayai dianjurkan bersempena dengan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang yang kebetulan jatuh pada sambutan Israk dan Mikraj.

Sumber: Sinar Harian, Threads/@babyshima

The post Dakwa Kena Fitnah, Baby Shima Saman PU Syed & Ketua Pemuda Pas Kuantan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*