Setiap Bahan Ada Maksud Tersendiri, Ini Falsafah Sebalik Hidangan Rendang

falsafah sebalik rendang

Setiap Bahan Ada Maksud Tersendiri, Ini Falsafah Sebalik Hidangan Rendang

Rendang merupakan salah satu hidangan lazim disajikan sewaktu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha setiap tahun.

Jika anda pergi melawat ke mana-mana rumah pada waktu tersebut, sudah semestinya hidangan ini akan menanti anda di atas meja.

Hidangan ini memiliki pelbagai variasi seperti ayam, daging, kerang dan akan dimakan bersama-sama lemang dan ketupat.

Sungguhpun hidangan ini berasal dari Minangkabau, kita dapat melihat hampir keseluruhan Nusantara menghidangkannya di atas meja sewaktu Syawal.

Persoalannya, dalam banyak-banyak juadah, mengapa rendang juga yang dipilih sebagai hidangan untuk menyambut lebaran?

Untuk mengetahui jawapannya, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai sejarah masakan ini.

Berdasarkan Reno Andam Suri dalam bukunya yang berjudul Rendang Traveler, rendang sebenarnya bukan merujuk pada hidangan yang kita kenali.

Jika ditelusuri sejarahnya,  rendang sebenarnya adalah teknik memasak makanan yang berasal dari tanah Minangkabau.

rendang selalu hari raya
Kredit: Bernama

Falsafah di sebalik hidangan rendang

Tidak ubah seperti baju Melayu tradisional, rendang juga memiliki nilai falsafahnya yang tersendiri dalam sudut kulinari.

Sebenarnya, hidangan lazat ini merupakan simbol musyawarah dan muafakat di tempat asalnya. Ini dibuktikan melalui empat bahan utama yang wajib ada dalam hidangan ini.

Setiap empat bahan ini pula memiliki maksud tersiratnya yang tersendiri. Antaranya:

1. Dagiang (daging) – Bahan makanan ini merupakan simbolik pemimpin tradisional yang dipanggil sebagai niniak mamak.

2. Karambia (kelapa) – Menjadi simbol kepada golongan ahli fikir dan cendiakawan.

3. Lado (cili) – Simbol golongan agamawan seperti alim ulama

4. Pemasak (pes atau rempah-rempah) – simbul penyatuan yang mengikat bahan-bahan ini bersama.

Masyarakat Minangkabau telah melihat hidangan ini sebagai simbol penyatuan dan keutuhan sesama ahli masyarakat. Oleh sebab itu, rendang selalu disajikan dalam perayaan penting masyarakat Minangkabau, termasuklah hari raya.

Bukan hanya diamalkan di tempat asal Minangkabau iaitu Padang itu sendiri, tradisi ini turut diamalkan masyarakat Melayu di Medan, Palembang, Riau, Jambi, Bengkulu, Lampung termasuklah Malaysia sehingga ke hari ini.

BACA: Sayu, Ramai Yang Tak Beli Baju Raya, Rupa-rupanya Sebab Ni…

Sumber: Grid Kids

The post Setiap Bahan Ada Maksud Tersendiri, Ini Falsafah Sebalik Hidangan Rendang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*