Dana RM700 Juta: SPRM Sahkan Ambil Keterangan Ismail Sabri

SPRM sahkan Ismail Sabri

Dana RM700 Juta: SPRM Sahkan Ambil Keterangan Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung  penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

Difahamkan keterangan beliau diambil di ibu negara hari ini.

SPRM dalam kenyataan malam ini memaklumkan turut merakam keterangan Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin serta dua anak mereka iaitu Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin di Ibu Pejabat SPRM.

BACA: SPRM Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

“Ketiga-tiga individu ini dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa satu notis telah diserahkan kepada Tun Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau,” menurut kenyataan itu.

Pada Feb 2023, SPRM telah menjalankan siasatan ke atas Daim berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora manakala siasatan terhadap aset beliau juga masih berjalan.

Sumber: Bernama

The post Dana RM700 Juta: SPRM Sahkan Ambil Keterangan Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*