Dapat RM7.5 Juta Setiap Tahun, Ketahui Kenapa Sultan Selangor Bagi KL Pada Kerajaan Persekutuan

Sultan Selangor Bagi KL Pada Kerajaan Persekutuan

Dapat RM7.5 Juta Setiap Tahun, Ketahui Kenapa Sultan Selangor Bagi KL Pada Kerajaan Persekutuan

Pada hari ini bersamaan dengan 1 Februari merupakan tarikh penting bagi tiga buah wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sambutan yang dinamakan sebagai Hari Wilayah Persekutuan diraikan pada 1 Februari setiap tahun dan merupakan Hari Kelepasan Am (cuti umum) bagi tiga wilayah berkenaan.

Penulisan artikel pada hari ini ingin membincangkan berkenaan sejarah wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dahulunya berada di kawasan jajahan negeri Selangor.

Dari mana datangnya Kuala Lumpur? Kenapa Selangor setuju nak keluarkan Kuala Lumpur dari jajahannya serta apakah perjanjian di sebalik penyerahan Kuala Lumpur ini?

Oleh itu, artikel pada kali ini akan berkongsi berkenaan sejarah bagaimana terwujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di dalam peta negara Malaysia.

Tahukah anda pada tarikh 1 Februari 1974, Sultan Selangor pada ketika itu iaitu Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah melakukan satu langkah besar demi kepentingan negara Malaysia yang berdaulat.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Pada tarikh keramat itu, Baginda telah berkenan untuk menyerahkan kawasan Kuala Lumpur yang selama ini menjadi ibu negeri bagi negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan ibu negara terbaharu bagi Malaysia.

Perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan malah pelbagai perbincangan telah diadakan bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak.

Perbincangan akhirnya telah dicapai di mana Sultan Selangor sedia bertolak ansur susulan draf terakhir “Perjanjian Kuala Lumpur 1974”.

Keputusan yang dibuat Almarhum Baginda berdasarkan faktor bahwa Malaysia perlu memiliki sebuah ibu negara yang strategik serta mempunyai kemudahan serba lengkap.

Kuala Lumpur pada waktu itu telah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjadi sebuah ibu negara yang memenuhi aspek tersebut.

Penyerahan Wilayah Kuala Lumpur pada Kerajaan Persekutuan telah membuatkan negeri Selangor menamakan Shah Alam sebagai ibu negeri baharu bagi negeri Selangor.

Kredit Jabatan Muzium Malaysia

Sebagai galang gantinya, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk membantu pembangunan ibu negeri Selangor yang baharu itu.

Malah nama Shah Alam telah dinamakan bersempena dengan Sultan Selangor ke-7, iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Istiadat penyerahan Kuala Lumpur sebagai wilayah baharu telah diadakan pada 1 Februari 1974. Istiadat telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi pihak Kerajaan Pusat dan Sultan Selangor bagi pihak kerajaan negeri. Istiadat itu turut disaksikan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri.

Akhirnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seluas 4,931 hektar ini telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat sebagai sebuah ibu negara yang baharu.

Kredit Jabatan Muzium Malaysia
Kredit Jabatan Muzium Malaysia

Perjanjian Penyerahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Melalui perjanjian penyerahan yang telah dimeterai, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberikan sejumlah RM200juta kepada Kerajaan Negeri Selangor dan RM7.5 juta pada setiap tahun untuk selama-Iamanya.

Kerajaan Persekutuan juga turut bersetuju untuk memberikan RM800 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Kelapan bagi tujuan pembangunan kawasan-kawasan yang terletak di dalam daerah Sepang khususnya pembangunan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sumber: Wilayahku, Dewan SelangorJabatan Muzium Malaysia 

The post Dapat RM7.5 Juta Setiap Tahun, Ketahui Kenapa Sultan Selangor Bagi KL Pada Kerajaan Persekutuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*