Dari Minat Tanam Bunga Ros Dibawa Ke Rekaan Skarf, Roos Scarves Cipta Fenomena Trend Hijab Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR — Walapun masih baru dalam industri hijab di Malaysia, namun dari bertatih, kini mereka sudah mula berlari. Menerima begitu banyak respon positif daripada pelanggan menjadikan jenama hijab baru, Roos Scarves semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para hijabi Malaysia.

Kisah bagaimana jenama ini tercetus sangat menarik. Menurut Pemilik Roos Scarves, En. Safiudin Nordin, idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves ini terlintas selepas pandemik pada hujung tahun 2021, apabila isteri beliau, Puan Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa.

Dalam tempoh setahun lebih mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan mereka terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu ke atas sehelai tudung. Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar.

Dan malam ini, Roos Scarves diperkenalkan secara rasminya dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri lebih 100 pempengaruh, selebriti, rakan media dan pelanggan setia mereka. Setelah yakin dengan pengukuhan jenama mereka di pasaran, mereka menetapkan inilah detik paling sesuai untuk jenama ini dilancarkan secara gemilangnya.

”Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung. Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.

Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.

Tambah beliau lagi, tagline “Bloom of beauty” adalah semangat yang mereka bawa untuk setiap rekaan tudung yang dihasilkan. Koleksi terawal yang mereka hasilkan ialah Lady Series, inspirasi daripada Lady Emma Hamilton Rose dan Freedom Series yang diinspirasikan daripada spirit of freedom rose.

Dan pada majlis perlancaran ini juga, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose. Kedua-dua hijab ini dari potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik yang pasti diminati hijabi negara ini. Setiap satunya dijual pada harga antara RM93 – RM105.

Roos Scarves juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di empat bandar utama berdasarkan koridor utara, selatan, timur dan juga sentral. Namun, fokus mereka adalah di pusat membeli-belah utama utama bagi mengekalkan nilai eksklusif pada produk dan kesemua outlet yang dimiliki oleh pengedar terpilih daripada pihak syarikat.

Tambah En. Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi.

Roos Scarves boleh didapati di butik Roos Scarves di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi atau melalui pembelian online di website www.roosscarves.com juga Tiktok Shop dan Instagram shop Roos Scarves.

The post Dari Minat Tanam Bunga Ros Dibawa Ke Rekaan Skarf, Roos Scarves Cipta Fenomena Trend Hijab Baharu Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*