“Datang ke Arsenal”, Mbappe Ketawa Lepas Peminat Minta Sertai Arsenal

Mbappe Ke Arsenal

“Datang ke Arsenal”, Mbappe Ketawa Lepas Peminat Minta Sertai Arsenal

Bintang Perancis, Kylian Mbappe tidak dapat menahan ketawa selepas diajukan soalan oleh seorang remaja yang juga peminat kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh ESPN FC, remaja tersebut secara spontan mempelawa pemain berusia 25 tahun itu untuk menyertai skuad The Gunners.

“Datang ke Arsenal. Kami akan jaga kamu,” kata remaja tersebut.

Bagaimanapun, Mbappe dilihat tertawa sejurus mendengar kata-kata sambil memeluk remaja itu dan mendakwa perkara itu tidak akan berlaku.

Gambar: X @@mikeypoulli

“Tak mungkin… Ia sangat sejuk di sana,” seloroh pemain itu.

Penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG) itu menyedari ia sangat mencuit hati dan memberitahu tidak akan menyarung jersi pendahulu Liga Perdana itu.

Arsenal kini berada di puncak liga dengan mengumpul 64 mata selepas 20 kemenangan empat seri dan empat tewas.

Saga Perpindahan Mbappe

Bintang bola sepak dunia, Kylian Mbappe dilapor sah akan meninggalkan gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain.

Perkara berkenaan didedahkan oleh wartawan perpindahan pemain terkemuka, Fabrizio Romano melalui satu hantaran di media sosialnya baru-baru ini.

BACA: Mbappe Nak Berpindah Dari PSG, Sedang Diintai Kelab-kelab Kaya

Menurut Fabrizio, Mbappe telah memaklumkan sendiri kepada pemilik PSG, Nasser Al Khelaifi bahawa beliau akan meninggalkan kelab sebagai ejen bebas.

Syarat-syarat perpindahan dilapor masih belum diputuskan, namun Mbappe akan berhijrah pada musim panas ini.

Mbappé hampir pasti ke Real Madrid selepas sah tinggalkan PSG

Walaupun destinasi seterusnya masih belum diketahui, namun pemerhati berpendapat hampir pasti Mbappe akan berkelana ke La Liga menyertai Real Madrid.

Malah, niat Los Blancos untuk mendapatkan tandatangan Mbappe bukan lagi rahsia kerana pada 2022, perpindahan pemain itu ke kelab tersebut hampir berlaku.

Namun, Mbappe berubah fikiran pada saat-saat akhir, menyaksikan beliau kekal bersama PSG untuk semusim lagi.

Untuk kali ini, Real Madrid juga dikatakan berada di kerusi hadapan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Sumber: ESPN FC

BACA JUGA: Ronaldo Dan Mane Segak Bergaya Pakai Busana Tradisional Arab Saudi

The post “Datang ke Arsenal”, Mbappe Ketawa Lepas Peminat Minta Sertai Arsenal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*