DBKL ‘Angkut’ 11 Moto, Halang Laluan Pejalan Kaki LRT

DBKL angkut moto LRT

DBKL ‘Angkut’ 11 Moto, Halang Laluan Pejalan Kaki LRT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut 11 motorsikal yang diletak di atas laluan pejalan jaki di sekitar LRT Kampung Baru, hari ini.

Menurut DBKL, operasi Tindakan Khas Angkut Kenderaan (Motosikal) yang dilaksanakan oleh Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan dibuat selepas mendapat aduan orang ramai.

Semalam, beberapa perkongsian yang menunjukkan deretan motosikal diletakkan di laluan pejalan kaki di LRT berkenaan menjadi tular di media sosial.

Situasi ini menimbulkan rungutan orang awam, pelancong dan OKU apabila berdepan kesukaran untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Susulan itu, DBKL telah mengerahkan anggotanya ke lokasi tersebut bagi meninjau sendiri rungutan yang dibuat oleh orang awam, petang semalam. Dalam tinjauan itu, pihaknya merancang untuk mengenakan tindakan penguatkuasaan sama ada menyita atau mengalihkan motosikal yang diletakkan di sepanjang laluan pejalan kaki tersebut.

11 buah moto yang DBKL angkut di LRT itu kini ditempatkan di Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut.

Tindakan lanjut termasuklah pengeluaran notis kompauan dan penyimpanan motosikal buat sementara waktu.

Tindakan diambil menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Mengikut statistik bagi Januari – Februari 2023, 38 buah motosikal telah diangkut di sekitar kawasan tumpuan pusat bandar melibatkan halangan tempat awam dan laluan OKU.

DBKL mengingatkan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Pengguna juga perlu memastikan kenderaannya diletakkan pada tempat yang sepatutnya, tanpa menghalang dan mengganggu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas.

Tindakan ambil ruang laluan pejalan kaki undang kemarahan warganet

Terdahulu, seorang pengguna Facebook yang mengguna nama Lisa Ahmad telah memuat naik gambar laluan pejalan kaki di stesen tersebut.

Dalam gambar tersebut, terdapat banyak motosikal yang diletakkan di atas laluan pejalan kaki berdekatan LRT Kampung Baru.

lrt kampung baru motosikal
Kredit: Facebook

Gambar tersebut menjadi tular di media sosial dan ramai warga maya merasa terkilan dengan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang didakwa tidak bertanggungjawab.

BACA: Hadiah Kawan “Wooden Play Button”, Dapat 100 Pengikut Youtube

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur via Facebook

The post DBKL ‘Angkut’ 11 Moto, Halang Laluan Pejalan Kaki LRT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*