India Tubuhkan Lembaga Kunyit Negara, Akan Fokus Kepada UAE

india tubuhkan lembaga kunyit

India Tubuhkan Lembaga Kunyit Negara, Akan Fokus Kepada UAE

NEW DELHI, 9 Okt (Bernama-WAM) — India telah menubuhkan Lembaga Kunyit Negara dengan tumpuan kepada pembangunan produk kunyit.

UAE ialah satu daripada empat pasaran eksport kunyit terbesar India di dunia bersama Bangladesh, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Emirates (WAM) melaporkan memetik kenyataan media Kementerian Perdagangan dan Industri India.

India memegang pengiktirafan sebagai pengeluar, pengguna dan pengeksport kunyit terbesar di seluruh dunia, menyumbang 62 peratus daripada perdagangan kunyit dunia.

Pada tahun fiskal 2022-23, yang berakhir pada 31 Mac, India mengeksport 153,400 tan produk kunyit dan kunyit bernilai US$207.45 juta.

UAE, sebagai pasaran penting, akan menjadi salah satu kawasan tumpuan utama bagi Lembaga Kunyit Negara yang baharu.

Kementerian Perdagangan dan Industri India menyatakan dalam kenyataan media, “Dengan aktiviti yang difokuskan oleh Lembaga ini, eksport kunyit dijangka mencecah US$1 bilion menjelang 2030.”

Menurut Institut Kesihatan Nasional (NIH) kerajaan AS, “kunyit ialah tumbuhan dalam keluarga halia, dan batang bawah tanahnya digunakan sebagai rempah masakan dan dalam ubat-ubatan tradisional Asia.”

India menanam 30 jenis kunyit di 20 negeri.

Berikutan pemberitahuan rasmi lembaga itu oleh Kementerian Perdagangan, Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata, “dengan menubuhkan Lembaga Kunyit Negara, kami berhasrat untuk memanfaatkan potensi petani kunyit kami dan memberi mereka sokongan yang sepatutnya.

Lembaga ini akan menumpukan pada penambahan nilai kepada rantaian bekalan di seluruh dunia.”

Sumber: BERNAMA

The post India Tubuhkan Lembaga Kunyit Negara, Akan Fokus Kepada UAE appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*