DBKL Kompaun & Angkut 25 Motosikal Halang Laluan Di Sekitar Ibu Kota

dbkl angkut motosikal

DBKL Kompaun & Angkut 25 Motosikal Halang Laluan Di Sekitar Ibu Kota

KUALA LUMPUR  — Sebanyak 25 buah motosikal telah diangkut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar jalan di ibu kota hari ini.

DBKL menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi memaklumkan pihaknya bersama badan berkuasa telah membawa alih kesemua motosikal berkenaan serta mengenakan kompaun terhadap kesalahan lalu lintas.

“Pegawai Penguatkuasa dan Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Tindakan Khas Angkut dan Kompaun Kenderaan Buat Halangan Tempat Awam.

“Ia melibatkan kawasan di sekitar laluan orang kelainan upaya (OKU), laluan siar kaki serta yang ingkar papan tanda larangan parkir motosikal di Jalan P.Ramlee, Persiaran KLCC dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tengah hari tadi.

Tambah DBKL, operasi itu tertumpu di sekitar kawasan tumpuan (hotspot).

“Sejumlah 25 buah motosikal telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk tahanan sementara dan pengeluaran 35 notis kompaun ke atas kenderaan-kenderaan yang didapati melanggar isyarat lalu lintas.

“Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” jelas kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, DBKL mengingatkan pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Perkara itu bagi memastikan kenderaan seperti motosikal atau kereta diletakkan di tempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas.

BACA JUGA: Aisar Khaled Hadiahkan Abang Foodpanda Motosikal Baharu

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan dan menyita sebanyak 3,111 motosikal di seluruh negara sepanjang Operasi Khas Motosikal bermula 1 Sept hingga semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata kesemua kenderaan disita itu diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya.

“Tindakan ini juga bagi melengkapkan prosedur siasatan pelbagai kes kesalahan semasa dan rekod lampau pengendali motosikal seperti tiada insurans, tiada lesen memandu, ubah suai piawai keselamatan dan sebagainya.

“JPJ tidak merampas motosikal tetapi menyita bagi tujuan menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi bagi mengelakkan perkara tidak diingini iaitu menjurus kepada kecederaan parah atau kemalangan maut,” katanya kepada pemberita di Malim di sini malam tadi.

Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

The post DBKL Kompaun & Angkut 25 Motosikal Halang Laluan Di Sekitar Ibu Kota appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*