Idrus Harun Dilantik Sebagai Pengerusi Amanah Raya Baru

Idrus Harun Dilantik Sebagai Pengerusi Amanah Raya Baru

Idrus Harun Dilantik Sebagai Pengerusi Amanah Raya Baru

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) pada Selasa, hari ini.

Perlantikan ini telah dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Amanah Raya Berhad pada 4.31 petang.

“Sekalung tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Idris bin Harun atas perlantikan sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad,” 

Amanah Raya turut mengeluarkan satu kenyataan berhubung perlantikan bekas peguam negara tersebut.

Jelasnya, pelantikannya akan meningkatkan prestasi dan kemampuan kumpulan yang juga syarikat pemegang amanah utama di Malaysia.

“Dengan pengalaman selama lebih 42 tahun, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan kerajaan sebelum menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu; Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Penggubal Undang-Undang Parlimen.

“Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM) dan dilantik sebagai Peguam Negara sejak 6 Mac 2020 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada 30 September lalu,” katanya.

Idrus Harun pernah dilantik sebagai Peguam Negara pada Mac 2020

BACA: Cara Set “Child Reminder” Pada Waze, Bantu Elak Kejadian Tertinggal Anak Dalam Kereta

Idrus Harun merupakan anak kelahiran Ayer Hitam dan dilahirkan pada 1955. Beliau telah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Seterusnya, beliau telah  melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang dan bergraduasi pada 1980.

Sebagai rekod, Idrus telah memulakan kerjayanya dalam bidang perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara.

Menurut Sinar Harian, beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada April 2006 pula, Idrus telah dilantik sebagai Peguam Cara Negara seterusnya menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018 sehingga menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020.

BACA: Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia

Sumber: Sinar Harian

The post Idrus Harun Dilantik Sebagai Pengerusi Amanah Raya Baru appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*