Debu Kuning Selubungi Korea Selatan, Amaran Debu Halus Dikeluarkan

debu kuning korea selatan

Debu Kuning Selubungi Korea Selatan, Amaran Debu Halus Dikeluarkan

SEOUL, 12 April (Bernama-Yonhap) — Hampir seluruh Korea Selatan dilanda ribut debu kuning yang berasal dari Gurun Gobi di utara China dan Mongolia, pada Rabu.

Ribut kuning merebak ke hampir seluruh negara setakat 7 pagi dan akan menjejaskan seluruh negara sehingga Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

Amaran debu halus telah dikeluarkan untuk semua bahagian Korea Selatan, kata pihak berkuasa.

Menurut KMA, purata kepekatan zarah debu halus setiap jam berdiameter lebih kecil daripada 10 mikrometer, dikenali sebagai PM 10, telah meningkat kepada 192 mikrogram setiap meter padu di Seoul setakat 7 pagi dan 494 mikrogram di bandar Ulsan, 307 kilometer tenggara Seoul.

Nasihat debu halus dikeluarkan apabila angka PM 10 kekal melebihi 150 mikrogram selama lebih dua jam.

Pihak berkuasa cuaca mengkategorikan kepekatan PM 10 antara sifar dan 30 mikrogram sebagai “baik”, antara 31 dan 80 sebagai “biasa”, antara 81 dan 150 sebagai “buruk” dan lebih daripada 151 sebagai “sangat buruk.”

Ekoran itu, menurut Kementerian Alam Sekitar tahap kedua terendah “berhati-hati” dalam amaran krisis empat tahap terhadap debu kuning dikuatkuasakan di hampir semua bahagian di negara itu setakat 7 pagi.

Kepadatan PM 10 akan kekal pada tahap “sangat teruk” di seluruh negara sehingga Khamis, kata KMA.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai yang mempunyai penyakit pernafasan, warga emas dan kanak-kanak supaya berada di dalam rumah dan menggunakan pelitup muka apabila keluar.

BACA: 137 Individu Di Korea Selatan Bakal Didakwa, Cuba ‘Lari’ Dari Kena “Join” Tentera

Gunung berapi meletus, perkampungan di Rusia diselimuti debu tebal

Gambar: Bloomberg

Sebelum ini, media melaporkan sebahagian kawasan di sekitar gunung berkenaan dilaporkan dilitupi debu tebal di Semenanjung Kamchatka, Rusia, lapor AFP.

Dalam beberapa rakaman yang dimuat naik di Twitter mendedahkan sebahagian kawasan kediaman berhampiran gunung tersebut dipenuhi debu setebal 8.5 cm.

Difahamkan, asap yang dikeluarkan dari gunung berapi berkenaan telah menyebabkan beberapa perkampungan lumpuh. Selain itu, beberapa penerbangan turut dilaporkan berisiko.

Sementara itu, gabenor Kamchatka, Vladimir Solodov, berkata tiga perkampungan, Kliuchy, Kozyrevsk dan Mayskoye dilaporkan terjejas teruk akibat letusan gunung itu.

Oleh itu, beliau menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah. Manakala aktiviti persekolahan juga telah dihadkan khususnya di kawasan luar bandar di sungai Kamchatka (sebelah timur semenanjung).

Sumber: BERNAMA

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

The post Debu Kuning Selubungi Korea Selatan, Amaran Debu Halus Dikeluarkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*