Tiga Lelaki Disyaki Pecah Masuk Sekolah Ditahan

lelaki pecah masuk sekolah

Tiga Lelaki Disyaki Pecah Masuk Sekolah Ditahan

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Tiga lelaki, dua daripadanya dalam senarai orang dikehendaki polis, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah integrasi di Taman Putra Sulaiman, Ampang di sini Selasa lepas.

Kesemua lelaki berusia antara 31 dan 48 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Villa Kesuma 2, Bandar Tasek Kesuma, Beranang, pada 1 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata polis menerima laporan mengenai kejadian di sekolah itu daripada seorang guru sekolah berkenaan apabila mendapati pintu pejabat dan surau terbuka dengan tombol pintu dirosakkan.

“Pejabat dan surau didapati dalam keadaan berselerak selain wang tunai RM200 yang diletakkan di dalam laci meja staff pejabat hilang. Lain-lain kehilangan tidak dapat dipastikan lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis merampas pelbagai barang antaranya sebuah televisyen, sebuah beg kamera, tujuh unit telefon bimbit, sebilah pedang kayu, wang tunai RM1,079 dan sebuah kereta.

Siasatan awal polis mendapati kumpulan itu menyasarkan sekolah swasta dan kawasan perumahan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan untuk melakukan jenayah pecah masuk.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua suspek turut mendapati mereka mempunyai 49 rekod melibatkan jenayah dan dadah, selain dua daripada mereka didapati mempunyai tiga rekod masih dikehendaki,” katanya.

Mohd Azam berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua lelaki terbabit positif dadah dan mereka kini direman enam hari bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Siasat Video Tular Kes Buli Sekolah Menengah Di Ranau

The post Tiga Lelaki Disyaki Pecah Masuk Sekolah Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*