Denda RM5,251 jika hubungi pekerja sedang bercuti

NEW DELHI – Sebuah syarikat teknologi dari India mengamalkan polisi mengenakan denda sebanyak AS$1,200 (RM5,251) ke atas pekerja yang didapati mengganggu rakan sekerja yang sedang bercuti, lapor laman berita Wion News semalam. 

Syarikat Dream11, memperkenalkan dasar ‘Dream11 Unplug’ bagi membolehkan semua pekerjanya berehat ketika bercuti.

Di bawah dasar baharu itu, para pekerja tidak akan terlibat dengan urusan kerja seperti sembang secara berkumpulan menerusi aplikasi pesanan ringkas atau e-mel.

Dua pengasas bersama syarikat itu, Harsh Jain dan Bhavit Seth semasa bercakap dengan stesen penyiaran CNBC berkata: “Sekali dalam setahun, selama seminggu, anda dikeluarkan dari sistem (syarikat). Anda tidak mempunyai Slack (sistem penerimaan mesej), e-mel dan panggilan (telefon). ”

Bercakap mengenai denda tersebut, Jain berkata: “Sesiapa yang menghubungi pekerja lain semasa (polisi) ‘Dream11 Unplug’ perlu membayar denda kira-kira AS$1,200.” 

Beliau menambah bahawa polisi itu telah berjaya berfungsi setakat ini.

 “Kami faham bahawa menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang atau hanya berehat semasa bercuti, boleh meningkatkan mood keseluruhan, kualiti hidup, produktiviti secara umum dan banyak lagi,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan. – Agensi

The post Denda RM5,251 jika hubungi pekerja sedang bercuti appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*