Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China

staf filipina telan duit

Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China

Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan duit yang didakwa dicuri daripada pelancong China, lapor WION News.

Ia selepas satu rakaman video kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatan tersebut menjadi tular di media sosial.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada minggu lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino. Jumlah wang yang dicuri dan ditelan staf berkenaan dianggarkan sekitar USD 300 (RM 1,408).

Menerusi rakaman yang menjadi tular itu, wanita tersebut dilihat berhempas pulas menelan duit berkenaan sambil menutup mulut dengan sapu tangan.

Staf lapangan terbang Filipina kantoi telan duit dicuri dari pelancong China

Dia juga dirakam meneguk air dipercayai bagi memudahkan duit tersebut ditelan.

Susulan penularan video berkenaan, pihak berkuasa Filipina melancarkan siasatan ke atas kakitangan lapangan terbang tersebut.

Identiti staf berkenaan sudah pun dikenal pasti dan pihak berkuasa sedang mengumpul maklumat tambahan sebelum tindakan lanjut diambil.

Malah, perkara berkenaan kini turut disiasat oleh Pejabat Keselamatan Pengangkutan (OTS) yang bertanggungjawab mengawal selia keselamatan di lapangan terbang berkenaan.

OTS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius insiden tersebut yang dianggap jelas melanggar etika yang dipegang kakitangannya selama ini.

Pihaknya juga kini menubuhkan satu pasukan tindakan khas bersama Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Manila dan Polis Lapangan Terbang untuk melakukan penyiasatan menyeluruh.

Kerjasama itu bertujuan untuk melihat tahap keseriusan kejadian berkenaan dan memastikan semua pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, staf yang terlibat dalam kejadian tersebut sudah pun digantung tugas buat sementara waktu sehingga siasatan selesai.

Selain berdepan dengan tindakan disiplin, sekiranya cukup bukti wanita berkenaan juga berkemungkinan besar akan disabitkan dengan pertuduhan jenayah.

Menurut WION News, ini bukanlah kali pertama insiden sedemikian berlaku. Awal tahun ini, seorang kakitangan lapangan terbang disana didakwa mencuri duit daripada pelancong Thailand. Manakala seorang lagi pegawai ditahan selepas disyaki mencuri jam tangan seorang pelancong China.

BACA: Buntu Nak Agak, Formula Cara Kira Anggaran Jumlah Tetamu Hadir Ke Kenduri Kahwin Nanti

Sumber: WION News

The post Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*