Dengan Sekali Lafaz, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri

Cat Farish & Shikin Maembong suami isteri

Dengan Sekali Lafaz, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri

Penyanyi dan komposer, Cat Farish pada malam ini sah bergelar suami kepada kakak pelakon terkenal Emma Maembong iaitu Chacha Maembong dengan sekali lafaz, lapor Sinar Harian.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Mohd Shukri Shafie berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat serta beberapa rakan media.

Selain itu, Shikin juga telah menerima mas kahwin sebanyak RM200 manakala wang hantaran tidak didedahkan umum oleh pasangan tersebut.

Dalam majlis itu,Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, telah menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh Shikin.

Perkahwinan ketiga buat Cat dan Shikin

Sebelum ini, Shikin pernah berkahwin dengan Mohd Nadzri Redzuwan iaitu anak kepada cef terkenal Chef Wan pada 5 Disember 2014 yang lalu.

Kredit Sinar Harian

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Putri Arianna Natasya berusia lapan tahun. Perkahwinan pasangan tersebut kemudiannya berakhir pada Jun 2016.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Manakala Cat pula pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli pada Julai 2007 dan bertahan hanya selama sembilan tahun. Perkahwinan Cat bersama Hartini akhirnya berakhir pada 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Penyanyi itu juga pernah berkahwin buat kali kedua pada November 2020 dan hanya bertahan selama dua tahun.

Sumber: Sinar Harian

The post Dengan Sekali Lafaz, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*