Derbi Manchester: Ten Hag Puji Semangat Juang United

Ten hag puji united

Derby Manchester: Ten Hag Puji Semangat Juang United

MANCHESTER —  Jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag memuji anak-anak buahnya selepas menunjukkan semangat juang tinggi meskipun tewas 1-3 ke atas Manchester City dalam derby semalam, lapor Eurosport.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad,  jurulatih Belanda itu melibat banyak perkembangan positif dari segi prestasi The Red Devils.

“Mereka memberikan segala-galanya. Kami mempunyai pemain di atas padang yang tidak 100 peratus cergas iaitu Jonny Evans dan Marcus Rashford, tetapi mereka turut bermain bersungguh-sungguh bersama pasukan.

“Saya rasa persembahan yang ditampilkan oleh kami sangat bagus, namun sudah tentu kami kecewa dengan keputusan ini. Pada waktu lain, kami mungkin boleh memenangi perlawanan ini. Terutamanya Rashford, terlepas beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan satu lagi gol termasuk Garnacho,” ujarnya.

Kurang berpuas hati dengan keputusan pengadil

Gambar: AFP

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa insiden yang kurang menyenangkannya menyebabkan jurulatih itu dilayangkan kad kuning, termasuk terjahan penjaga gol City, Ederson di dalam kotak penalti.

BACA: Nak Pos Barang? Ketahui Tiga Servis Pos Malaysia Yang Terlibat Kenaikan SST

“Walaupun ia satu kesalahan lembut, tetapi ketika anda dalam pecutan penuh, sedikit sentuhan boleh membuatkan anda hilang keseimbangan. Itulah sebabnya dia jatuh.

“Ia boleh dipertikaikan. Saya rasa ada sendikit sentuhan, ” komennya mengenai terjahan Ederson terhadap Garnacho di dalam kawasan penalti.

Dalam pada itu, Ten Hag turut memuji disiplin The Citizens yang konsisten dalam cara mereka bermain meskipun anak-anak buahnya berjaya bertahan dengan cemerlang.

Foden Pemain Terbaik EPL Musim Ini – Pep

Gambar: AFP

Sementara itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan kemenangan itu adalah hasil disiplin permainan yang baik daripada anak-anak buahnya termasuk Foden, petik NBC Sports.

“Dia seorang pemain berbakat tetapi kini dia lebih matang khususnya dalam aspek bertahan. Dia boleh bermain di bahagian tengah, membuat lariang di luar kotak dan menjaringkan gol.

“Dia mempunyai matlamat, berani, mempunyai mentaliti yang baik dan berbakat.

“Apa yang boleh saya katakan? Dia adalah pemain terbaik dalam Liga Perdana ketika ini kerana banyak perkara yang dia lakukan adalah sukar dipercayai,” ujar Pep.

City ‘Gah’ Benam United 3-1

Gambar: Paul ELLIS/ AFP

Derby Manchester itu dihangatkan dengan gol pembukaan pelawat menerusi sepakan cantik luar kotak penalti Marcus Rashford untuk pelawat di hadapan hingga tamat babak pertama.

Walau bagaimanapun, serangan bertali arus tuan rumah membuahkan hasil apabila produk akademi City, Phil Foden menyumbat dua gol.

Erling Haaland kemudiannya mengesahkan kemenangan skuad itu selepas menjaringkan gol pada lewat permainan sekaligus meranapkan impian United dalam memburu sekurang-kurangnya satu mata.

Kekalahan United dalam perlawanan semalam menyaksikan pasukan itu kekal di tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeri (EPL) dengan 19 mata di belakang pendahulu liga Liverpool.

Manakala City kekal di tangga kedua liga di bawah Liverpool dengan perbezaan 1 mata.

Sumber Europsort, NBC Sports

The post Derbi Manchester: Ten Hag Puji Semangat Juang United appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*