Penyelamat Perancis Pecah Dinding Keluarkan Wanita 391Kg Dari Rumah

pecah dinding rumah

Penyelamat Perancis Pecah Dinding Keluarkan Wanita 391Kg Dari Rumah

PARIS, 11 Mei (Bernama-dpa) — Pasukan penyelamat Perancis terpaksa memecahkan tembok untuk mengeluarkan seorang wanita Amerika seberat 391 kilogram (kg) dari rumahnya di timur laut Perancis pada Khamis bagi menerima rawatan perubatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wanita itu, yang tinggal di Stenay, berhampiran sempadan Belgium dan Luxembourg, sebelum ini menolak bantuan perubatan selama kira-kira 20 tahun, lapor France 3.

Persediaan untuk operasi itu mengambil masa berbulan-bulan, menggunakan sebuah ambulans bagi individu obes yang dipinjam dari Belgium.

BACA: Tak Muat Ikut Pintu, Lelaki Pecahkan Dinding Nak Masukkan Akuarium Besar Dalam Rumah

Operasi menyelamat yang rumit itu tidak pernah berlaku di Perancis, kata pegawai kerajaan tempatan.

Pasukan penyelamat memecahkan dinding di tingkat satu rumah dan membentuk lubang pada siling.

Wanita itu kemudian diangkat keluar melalui tingkap tingkat bawah. Selain anggota bomba khas, doktor, dan kakitangan perubatan juga terlibat dalam operasi menyelamat. Beberapa jalan di kawasan itu turut ditutup.

Sumber: BERNAMA

BACA: Elak Kayu Musnah Dimakan, Abang Ni Kongsi Cara Kenal Pasti Anai-Anai Di Rumah

The post Penyelamat Perancis Pecah Dinding Keluarkan Wanita 391Kg Dari Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*