Detik-Detik Puting Beliung Landa Bandung

detik-detik puting beliung

Detik-Detik Puting Beliung Landa Bandung

Penduduk Jawa Barat Indonesia semalam digemparkan dengan fenomena angin puting beliung yang mengakibatkan beberapa kawasan terjejas teruk.

Difahamkan, daerah Bandung dan Sumedang merupakan kawasan yang terjejas teruk akibat daripada bencana alam itu.

Angin kencang mengakibatkan beberapa bangunan dan kediaman penduduk rosak teruk sementara 31 orang dilaporkan cedera.

Sementara itu, menurut laporan tiada kemalangan dilaporkan sehingga kini.

Dalam pada itu, beberapa video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial menyaksikan detik-detik puting beliung itu membadai bumi Jawa Barat.

Menerusi salah satu rakaman yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @camping santuy, ia memaparkan pembentukan awal puting beliung berkenaan.

Dalam klip berdurasi 29 saat itu, kelihatan pusingan awan berbentuk ‘V’ atau seperti kon mula memanjang di atas langit.

Pusaran awan yang mula terbentuk di langit sama sekali tidak menyangka ia bakal membawa malapetaka kepada sekitar kawasan itu.

@campingsantuy

pray for bandung tepatnya dirancaekek dan jatinangor bandung kejadian angin puting beliung yang mengakibatkan kerusakan material dan kendaraan yang berlalu lalang dan banyak lagi #prayforbandung #anginputingbeliung #rancaekek #jatinangor #bandung #fyp #newsterkini #beritaupdate #viral #terbaru #jabar #newsupdate #terbaru #terupdate #tvbandung #bandungtv #nusantara #sad

♬ suara asli – camping santuy – camping santuy

@ujangfakot

angin puting beliung #bismillahfyp #angin #anginputingbeliung #bandung #fyp #presiden2024

♬ suara asli – Rizki

Keadaaan langit juga sedikit gelap seperti hendak hujan dengan awan dilihat agak tebal berbanding kebiasaan.

Sementara itu, situasi cemas juga sempat dirakamkan oleh penumpang kenderaan sewaktu angin kuat itu bergerak melintasi jalan raya.

Keadaan diburukkan lagi dengan pokok-pokok di bahu jalan ikut tumbang bahkan dipercayai menghempap beberapa kenderaan.

BACA: Buaya Albino Terpaksa Jalani Pembedahan, Tertelan 70 Keping Syiling 

@rahmat_gulabodas_659

Detik-detik angin puting beliung menerjang kawasan Sumedang-Bandung #viral #bandung #rancaekek #anginputingbeliung #serem #ngeri #musibah #sumedang #cicalengka

♬ suara asli – ollshop RGB – ollshop RGB

Dalam video lain, puting beliung itu dilihat menerbangkan apa sahaja yang berada dalam laluannya termasuklah atap-atap yang ikut sekali berpusing di udara.

@rudal.yanto

https://holopis.com/2024/02/21/detik-detik-angin-puting-beliung-hantam-bandung-timur/ VIDEO DETIK-DETIK ANGIN PUTING BELIUNG HANTAM BANDUNG TIMUR. RABU (21/2/2024) #putingBeliung #bandungTimur #prayForBandung #fyp

♬ suara asli – Rudal Yanto – Rudal Yanto

@popularitascom

Detik-detik terbentuknya angin Tornado Rancaekek Sumedang Kabupaten Jawa Barat pada hari ini (21/2) #putingbeliung #videoviral #bencanaalam #fyp

♬ suara asli – popularitas.com – popularitas.com

Dalam laporan SK sebelum ini memaklumkan dua daerah di Jawa Barat terjejas teruk akibat bencana alam itu, lapor CNN Indonesia.

Sebanyak tiga wilayah yang terjejas teruk akibat bencana alam itu di Bandung termasuk Cicalengka, Cileunyi dan Rancaekek.

Manakala di Sumedang pula, terdapat dua kecematan yang dilaporkan terjejas iaitu Jatinagor dan Cimanggung.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam BPBD, Jabar Hadi Rahmat, di mana sekurang-kurangnya 32 penduduk cedera akibat kejadian tersebut.

Sementara itu, sebanyak 735 keluarga dan 116 bangunan terjejas susulan tragedi itu, memetik Kompas.com.

Di daerah Sumedang, 13 unit bangunan dan 10 rumah penduduk terjejas. Sementara di Bandung empat bangunan dan 47 rumah penduduk terjejas.

“Di Bandung, jumlah penduduk yang cedera adalah seramai 19 orang. Mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Umum Daerah Cicalengka dan RSKK,” katanya.

Difahamkan, angin puting beliung itu mula terbentuk di Jatinangora atau di sempadan Sumedang sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

Sumber: Video tular di media sosial

The post Detik-Detik Puting Beliung Landa Bandung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*