“SAYA BUKAN LELAKI MURAHAN” – BALAS BEKAS SUAMI NAD ZAINAL BILA ADA INDIVIDU CUBA GODA DIRINYA

Baru-baru ini, bekas suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Faliq Amiruddin telah memuat naik perkongsian kiriman mesej peribadi yang diterimanya di Instagram Stories miliknya sehingga menjadi perhatian.

Menerusi paparan tersebut, Faliq mendedahkan dia menerima mesej daripada seorang individu tidak dikenali identiti yang cuba untuk mendekatinya.

“Saya bukan lelaki murahan,” tulis Faliq menerusi tangkap layar yang dimuat naik.

Pada perkongsian itu, individu terbabit dilihat cuba mendekati Faliq dengan mengatakan dia ingin berkawan dengannya. Bagaimana pun, pelawaan terbabit ditolak oleh ayah kepada dua cahaya mata itu.

“Saya ikhlas, boleh kita jadi kawan?,” soal individu berkenaan sebelum dibalas Faliq dengan emoji sticker pangkah.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, individu tersebut turut mempunyai niat untuk menawarkan Faliq hadiah dengan seikhlas hati, namun ia turut ditolak kerana Faliq tidak berminat dengan pelawaan berkenaan.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*