Detik Pesawat Dipercayai Bawa Ketua Wagner Terhempas Berjaya Dirakam

pesawat ketua wagner terhempas

Detik Pesawat Dipercayai Bawa Ketua Wagner Terhempas Berjaya Dirakam

Sebuah pesawat yang dipercayai membawa ketua Wagner, Yevgeny Prigozhin terhempas lalu terbakar di sebuah padang di luar bandar Rusia.

Rakaman mengejutkan itu menunjukkan jet yang dipercayai membawa tujuh penumpang dan tiga juruterbang dilihat jatuh dari langit.

Pesawat itu kemudiannya terhempas di sebuah padang di daerah Bologosky di wilayah Tver, 60 batu di utara Moscow.

Rakaman video nahas itu telah dikongsikan oleh Daily Mail menerusi perkongsian muat naik di TikTok mereka.

Rakaman itu menunjukkan pesawat tersebut dilihat berputar-putar di langit dalam keadaan menjunam ke tanah.

Pesawat itu kelihatan sudah hilang kawalan dan menjunam laju sambil mengeluarkan asap.

Pesawat itu akhirnya terhempas ke padang tersebut lalu mengeluarkan kepulan asap hitam tebal di langit.

Rakaman itu dipercayai telah dirakam oleh orang awam yang kebetulan berada berdekatan lokasi nahas tersebut.

Ekoran kejadian itu, ketua Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin disahkan antara yang terbunuh dalam nahas tersebut.

@dailymail

NEW: INSANE footage of the jet Yevgeny Prigozhin is alleged to have been on, falling from the sky #fyp #russia #wagner #yevgenyprigozhin #vladimirputin #planecrash #crash #breakingnews #politics #moscow #shocking

♬ original sound – Daily Mail

Ketua Wagner, Yevgeny Prigozhin Maut Pesawat Dinaiki Terhempas Di Rusia

Menurut kenyataan rasmi Rusia, pesawat peribadi membawa 10 orang penumpang, yang semuanya terkorban, itu terhempas ketika dalam perjalanan antara Moscow dan St. Petersburg. Pesawat berkenaan juga turut dinaiki oleh tiga orang kru.

Turut terkorban adalah Dmitry Utkin, individu di belakang tadbir yang dikatakan mengurus aktiviti ketenteraan Kumpulan Wagner dan dipercayai pernah berkhidmat dalam unit risikan Tentera Rusia.

BACA: Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Menurut AFP, beberapa saluran Telegram yang memiliki kaitan dengan Wagner menyiarkan rakaman yang memaparkan serpihan pesawat terbakar di tengah padang.

Sungguhpun begitu, pihak AFP tidak dapat mengesahkan sama ada rakaman tersebut benar-benar sahih atau sebaliknya.

Nahas pesawat tersebut berlaku kira-kira dua bulan selepas Prigozhin melancarkan pemberontakan ke atas Rusia. Tindakan itu dilihat sebagai cabaran terbesar terhadap kedudukan Presiden Rusia, Vladimir Putin sejak beliau mula menguasai tampuk kepimpinan negara tersebut.

Sumber: TikTok/@dailymail

The post Detik Pesawat Dipercayai Bawa Ketua Wagner Terhempas Berjaya Dirakam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*