Ronaldo Hantar Sumbangan Satu Muatan Kapal Terbang Ke Turkiye-Syria

ronaldo hantar sumbangan turkiye

Ronaldo Hantar Sumbangan Satu Muatan Kapal Terbang Ke Turkiye-Syria

Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dipercayai menghantar satu muatan kapal terbang dengan pelbagai barangan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye, baru-baru ini.

Memetik Daily Mail, bekas penyerang Manchester United itu terkesan dengan kejadian tragis sehingga meragut sejumlah besar nyawa di negara itu.

Difahamkan, Ronaldo ‘menghantar’ pesawat yang penuh dengan barangan bantuan ke kawasan yang musnah untuk membantu mangsa-mangsa terjejas.

Difahamkan antara bantuan disumbang pemain antarabangsa Portugal itu adalah khemah perlindungan, bungkusan makanan, bantal, selimut, katil, makanan bayi, susu serta bekalan perubatan.

Justeru, barangan tersebut akan dihantar ke Turkiye dan Syria yang merupakan dua  negara terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda sekitar sebulan lalu.

Dalam kesempatan yang sama, Ronaldo juga dipercayai menyapa seorang budak lelaki warga Syria yang mengatakan bahawa dia mempunyai impian untuk bertemu dengan bekas penyerang Real Madrid itu.

“Apabila saya melihat Ronaldo, saya fikir ia adalah mimpi. Saya sendiri tidak percaya. Saya berdoa agar ia tidak menjadi mimpi.

“Saya harap semua orang dapat melihat Ronaldo. Dia seorang yang sangat baik,” tambahnya.

Memetik Daily Mail, ini bukan kali pertama Ronaldo membuat sumbangan sebesar itu. Sebelum ini Ronaldo pernah membayar RM370,000 ($83,000) untuk pembedahan otak seorang kanak-kanak.

Tidak hanya itu, Ronaldo juga menderma RM740,000 ($165,000) untuk membantu membiayai pusat kanser di negara asalnya, Portugal.

Di sisi lain, penyerang itu dikatakan memegang peranan sebagai duta untuk kempen kemanusiaan Save the Children UNICEF dan World Vision.

Malah, Ronaldo juga pernah menyumbang sebanyak RM4.4 juta (£1 juta) kepada hospital di Portugal semasa wabak Covid-19 melanda dunia.

Ronaldo Hantar Satu Muatan Kapal Terbang
Kredit: AFP

Ronaldo dan Leonardo menghulurkan derma kepada mangsa gempa

Dalam perkongsian Siakap Keli sebelum ini, bekas pemain Jerman, Mesut Ozil juga dilapor menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi  Turkiye dan Syria.

Selain Ozil, turut sama menyumbang bersama Ronaldo ialah Leonardo Bonucci yang dikatakan bersama-sama membantu mangsa gempa bumi berkenaan.

Malah, Ronaldo juga dikatakan bertindak melelong salah satu daripada jersi kelab yang disertai dengan tandatangannya untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi (hasil lelongan).

Sumber: Daily Mail

The post Ronaldo Hantar Sumbangan Satu Muatan Kapal Terbang Ke Turkiye-Syria appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*