Dijadikan Kuih Terbaik Di Dunia, Karipap Dapat Tempat Ke-5!

Dijadikan Kuih Terbaik Di Dunia, Karipap Dapat Tempat Ke-5!

Kuih-muih di Malaysia merupakan makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ia akan dimakan tidak mengira waktu, sama ada di waktu pagi, tengah hari, petang ataupun malam.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis kuih-muih di Malaysia ini seperti kuih cara manis, kuih cara berlauk, kuih keria, kuih lapis dan banyak lagi.

Tapi, ada satu kuih yang dikatakan menjadi kuih paling top di Malaysia, iaitu kuih karipap. Kuih karipap ini biasanya mempunyai inti kentang, daging ataupun inti sardin.

Tak kiralah inti apa, asalkan namanya karipap, mesti laju saja kuih itu habis sekiranya ia dihidangkan. Kuih karipap ini, nak makan bila-bila pun boleh. Kalau bukan sebagai satu hidangan untuk sarapan pagi, mungkin anda akan makan karipap untuk dijadikan kudapan sambil melayan drama.

Kalau anda nak tahu, karipap kesayangan Malaysia ini dah dijadikan sebagai kuih terbaik di dunia tau! Dalam seratus jenis kuih-muih yang ada dalam dunia ini, karipap telah mendapat tempat ke-5!

Tak sangka, kuih yang sudah menjadi kuih yang biasa dimakan di Malaysia ini telah menjadi makanan yang dikenali oleh seluruh dunia melalui Taste Atlas.

Carta Pastri Taste Atlas

Kalau nak tahu, Taste Atlas dikenali sebagai sebuah laman web yang menunjukkan makanan-makanan pilihan di seluruh dunia. Pada November yang lalu, laman web ini telah mengeluarkan carta 100 Best Pastries in the World.

Melalui carta itu, tersenarai 100 jenis kuih di serata dunia. Paling menakjubkan, kuih karipap telah mendapat tempat ke-5 dalam carta itu.

Menurut Taste Atlas, cara pembuatannya yang mudah dan juga intinya yang pelbagai perisa telah menjadikan ia terkenal di luar Malaysia. Terutama sekali di Thailand dan juga Singapura.

Sekarang ini, selain daripada inti kentang, daging, ayam dan juga sardin, dikatakan terdapat juga karipap dengan inti yang lain seperti rendang daging dan juga tuna.

Dengan kedudukan tempat ke-5 diambil oleh karipap, sekali gus kuih tradisional Malaysia ini telah mengalahkan croissant dan juga kunafah yang juga merupakan antara makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Sumber: Taste Atlas

BACA JUGA: 20 Maut Nahas Letupan Kilang Bunga Api Di Thailand

The post Dijadikan Kuih Terbaik Di Dunia, Karipap Dapat Tempat Ke-5! appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*