SPRM Serah Notis Kepada Mirzan Untuk Isytihar Aset

sprm notis mirzan aset

SPRM Serah Notis Kepada Mirzan Untuk Isytihar Aset

PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan satu perintah notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 kepada ahli perniagaan Mirzan Mahathir yang mengkehendaki anak bekas Perdana Menteri itu mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih dalam pegangannya.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata aset berkenaan sama ada dalam atau luar negara, perlu diisytiharkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.

Suruhanjaya itu berkata notis diserahkan ketika beliau hadir ke ibu pejabat SPRM pada kira-kira pukul 9.30 pagi semalam bagi membantu siasatan.

“Perintah ini adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” menurut kenyataan itu.

Menurutnya siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM berkata ia telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkaitan dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora, dan Kertas Panama.

Menurutnya sehingga kini 10 saksi dipanggil untuk dirakam pernyataan berhubung kes itu.

“SPRM sedang mengkaji dokumen kewangan serta pemilikan aset entiti-entiti yang tersenarai dalam laporan-laporan berkenaan dan siasatan masih giat dijalankan,” katanya.

BACA: Gaji Lagi Lumayan, Pensyarah IPTS Berhenti Kerja & Jadi “Cleaner” Di Singapura

Sumber: Bernama

The post SPRM Serah Notis Kepada Mirzan Untuk Isytihar Aset appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*