Dilapor Hilang Di Hutan Simpan Belum, Anggota Tentera Ditemui Meninggal Dunia

tentera meninggal dunia

Dilapor Hilang Di Hutan Simpan Belum, Anggota Tentera Ditemui Meninggal Dunia

IPOH — Seorang anggota tentera berpangkat Koperal yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Jumaat lalu ditemui meninggal dunia, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan susulan penemuan mayat anggota tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menemui mayat mangsa yang berusia 33 tahun sekitar jam 10.15 pagi hari ini.

“Sudah jumpa. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian.

Sementara itu, menurut laporan media, mangsa merupakan anggota tentera dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang.

Beliau telah dilaporkan hilang ketika  menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum.

Anggota Tentera Berpangkat Koperal Hilang

Difahamkan, lima rakan setugasnya hanya menyedari kehilangan mangsa kira-kira pada jam 5 petang Jumaat lalu di kawasan bertugas.

Terdahulu, Bernama juga melaporkan seorang anggota tentera dipercayai hilang ketika menjalankan tugas operasi di lokasi berkenaan Jumaat lalu.

BACA JUGA: Proses Bedah Siasat Mayat Anggota Komando Esok – Polis

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya menerima laporan kehilangan anggota berpangkat Koperal tersebut pada jam 12.50 tengah malam.

Berikutan itu,  operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah telah dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Operasi tersebut telah dijalankan sejak hari pertama mangsa dilaporkan hilang.

“Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5 petang. Ia berlaku semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan,” jelasnya.

Mayat Komando Ditemui Di Tanjung Sepat

Dalam kejadian hampir sama, mayat seorang lelaki dipercayai anggota komando Tentera Darat ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor dua bulan lalu, lapor Astro Awani.

Mayat yang dikenali Lans Koperal Edrin Baintim berusia 25 tahun dilaporkan hilang di 0.7 batu nautika barat daya dari lokasi tersebut. Beliau sebelum itu telah dikhuatiri lemas sewaktu menjalani latihan selaman di perairan Pulau Undan pada 7 Februari lalu.

Penemuan itu telah mengambil masa selama 12 hari selepas anggota tersebut gagal dikesan.

Sumber: Sinar Harian

The post Dilapor Hilang Di Hutan Simpan Belum, Anggota Tentera Ditemui Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*