Dilengkapi Sistem Yang Lebih Canggih, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Tempur F-15EX 

Pesawat Boeing F-15EX Eagle II

Dilengkapi Sistem Yang Lebih Canggih, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Tempur F-15EX 

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan Indonesia dilaporkan telah ‘memborong’ pesawat tempur F-15EX sebanyak 24 unit.

Menerusi hantaran akaun Instagram Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, beliau telah menandatangi memorandum persefahaman berkenaan komitmen pembelian 24 unit pesawat tempur F-15EX itu.

Jadi, rata-rata masih mesti mempunyai persoalan berkaitan kewujudan pesawat tempur ini. Lagi-lagi, apa perbezaannya dengan pesawat juang yang lain, khususnya variannya terdahulu seperti F-15 dan sebagainya.

Boeing F-15EX Eagle II

Pesawat Boeing F-15EX Eagle II ialah pesawat pejuang tempur pelbagai fungsi yang diinspirasikan daripada McDonnell Douglas F-15E Strike Eagle.

Menurut Air & Space Forces, Eagle II merupakan F-15 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang memiliki beberapa ciri-ciri khas.

Antaranya, kawalan penerbangan semiautomatik secara digital, kokpit kaca dengan paparan kawasan yang luas (LAD) dan dilengkapi dengan radar APG-82 AESA. Radar ini membolehkan pesawat tersebut mengesan dan menembak sasaran dengan ketepatan yang tinggi.

F-15EX juga menggabungkan dua tempat duduk yang boleh memuatkan lebih ramai anak kapal, selain membantu perluasan misi pada masa hadapan.

Pesawat ini turut dilengkapi dengan berbagai jenis senjata, seperti peluru berpandu udara-ke-udara, bom dan beberapa senjata khusus yang lain.

BACA: Tandatangani MoU, Indonesia Akan Beli 24 Unit Pesawat Tempur F-15EX

Menurut Kementerian Pertahanan Indonesia, pesawat ini mempunyai ‘hayat perkhidmatan’ sehingga 20,000 jam penerbangan. Ia memberikan kelebihan dari segi ketahanan dan jarak operasi yang panjang.

Bukan itu sahaja, pesawat ini turut dilengkapi dengan Joint Helmet Mounted Cueing System (JHMCS) dan suite pertahanan diri EPAWSS.

Eagle II turut menjadi pesawat pelopor bagi perisian Open Mission System (OMS), yang membolehkan pesawat menerima sebarang kemas kini dengan pantas dan meningkatkan keupayaannya.

Selain itu, pesawat ini juga dilengkapi dengan perisian Suite 9.1 terkini, sama dengan legasi pesawat-pesawat yang telah dinaik taraf.

Pesawat ini dapat beroperasi dalam berbagai misi, mulai dari pemantauan udara, serangan darat, hingga operasi maritim.

Pada masa yang sama, pesawat ini dirancang agar dapat berkomunikasi dan beroperasi dengan baik dalam jaringan pertempuran yang lebih luas, selain kebolehsambungannya yang meluas dengan sistem lain seperti satelit, UAV, dan pesawat lain.

Menariknya, pesawat ini turut menjanjikan kos pengoperasian yang lebih rendah berbanding varian-variannya yang terdahulu.

Pengeluaran F-15EX Eagle II

Sebelum ini, disebabkan perolehan FY22 (tahun fiskal 2022) yang tidak mencukupi, armada F-15C/D telah terbang melangkaui hayat perkhidmatan yang sepatutnya.

Hal ini boleh menimbulkan risiko kegagalan struktur yang serius. Namun, keperluan infrastruktur, sokongan dan latihan yang serupa akan membenarkan unit F-15 sedia ada untuk beralih kepada F-15EX dengan cepat.

Selain itu, terdapat usaha-usaha dari FY21 (tahun fiskal 2021) yang menumpukan terhadap penyepaduan perisian unik F-15EX ke dalam binaan Suite 9.2.

Perkara ini seterusnya, meningkatkan keupayaan pengeluaran, menyediakan dua pesawat awal untuk ujian penerbangan, dan peningkatan keupayaan berterusan seperti penyasaran IRST pasif.

Dalam masa yang sama, USAF telah menganugerahkan Boeing kontrak $1.2 bilion untuk lapan hingga 144 buah F-15EX yang baharu pada 13 Julai 2020.

Manakala, pemerolehan dana dari FY21 membolehkan penambahan penghasilan pesawat sebanyak 12 buah. Enam pesawat dijadualkan untuk penghantaran pada 2023 diikuti lebih daripada 76 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Nombor siri pesawat, 20-0001 pula diperolehi ketika penerbangan pertamanya dari Lapangan Terbang Antarabangsa St. Louis Lambert pada 2 Februari 2021 dan dihantar ke Eglin pada 11 Mac.

BACA: Cara Buat Pes Cili, Bawang Kisar & Halia Kisar, Boleh Tahan Sampai Tiga Bulan

Sumber: Air & Space Forces

The post Dilengkapi Sistem Yang Lebih Canggih, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pesawat Tempur F-15EX  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*