Rakaman Paling “Clear”, Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Bigfoot Dalam Hutan

rakaman kelibat bigfoot

Rakaman Paling “Clear”, Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Bigfoot Dalam Hutan

Sebuah video yang memaparkan kelibat didakwa sebagai ‘bigfoot’ sedang bersiar-siar di sekitar hutan di Mississippi, Amerika Syarikat telah menjadi tular selepas mendapat perhatian daripada orang ramai.

Lapor Daily Star, rakaman tular itu dilabelkan sebagai salah satu klip terbaik yang pernah merakam makhluk berbulu itu.

Difahamkan juga, video tersebut telah dirakam oleh Josh Highcliffe yang disiarkan di Youtube pada tahun 2015, di mana ia telah mendapat jumlah tontonan lebih daripada 9,000.

Ketika kejadian, Josh dikatakan dalam perjalanan untuk memburu babi dan kelibat itu muncul semasa dia sedang sibuk menelaah hutan tersebut.

Bagaimanapun, Josh perasan akan kelibat itu dan mula untuk merakam momen bigfoot itu sebagai bukti dia pernah terserempak dengan haiwan tersebut.

“Saya rasa saya nampak beruk besar, tolong bantu,” itu merupakan tajuk video yang dirakam oleh Josh.

Dalam klip tersebut, Josh dilihat sedang menyorok di bahagian semak samun untuk merakam detik kelibat yang kelihatan seperti Sasquatch.

Takut untuk mengeluarkan bunyi, dia hanya merakam kejadian itu pada satu tempat namun menggerakkan tangannya sahaja untuk mengikut gerak-geri bigfoot itu.

Kredit: Josh Highcliffe/Youtube

Rakaman itu memaparkan bigfoot tersebut sedang menarik kulit kayu dari pokok dan membuangnya ke tanah.

BACA: Ahli Teori Konspirasi Dakwa Kesan ‘Bigfoot’ Setinggi 7.5 Kaki Dalam Google Earth

Bigfoot itu kemungkinan tidak menyedari bahawa dirinya sedang dirakam oleh seorang manusia.

Josh mengatakan dirinya berada dalam keadaan ketakutan apabila bertembung dengan makhluk yang mempunyai saiz hampir sama dengan dirinya.

Dia hanya duduk pada satu bahagian semak samun apabila menyedari kelibat bigfoot itu di hadapannya.

“Apabila saya berada di situasi itu, saya tidak boleh mempercayai apa yang saya lihat. Makhluk itu sangat besar.

“Saya sangka ia adalah babi tetapi makhluk itu mempunyai bahu yang lebar dan kepala serta tangan.

“Ia kelihatan sedang menarik kulit kayu. Naluri pertama saya mengatakan supaya melarikan diri dan saya juga tidak terfikir untuk menembaknya,” ujarnya.

Josh mendakwa haiwan itu mempunyai tinggi lebih daripada tujuh kaki dan tidak kelihatan seperti beruang.

Rakaman tersebut telah membuatkan penonton terkesima dan sesetengah dari mereka ada yang terkejut dengan penampakan itu.

Sumber: Daily Star

The post Rakaman Paling “Clear”, Lelaki Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Bigfoot Dalam Hutan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*