Dipaksa bertugas ketika cuti sakit, pemuda akhirnya ‘bersara’ di meja pejabat

Seorang pemuda yang berkhidmat dengan sebuah agensi berita ditemui tidak sedarkan diri di atas meja kerjanya baru-baru ini.

Sarawut Srisawat disahkan mati di meja pejabatnya iaitu di Thai News Network (TNN), Bangkok, Thailand akibat serangan jantung.

Kejadian tersebut mula menjadi perbualan hangat di media sosial sejurus diposting oleh laman Facebook Jor Dub.

Hantaran tersebut turut berkongsi akaun media sosial mangsa sambil mendedahkan situasi yang dihadapinya sebelum menemui ajal.

Difahamkan, Sarawut kerap bekerja ‘overtime’ (lebih masa) dan dia mula jatuh sakit apabila bertugas selama tujuh hari berturut-turut.

Yang memburukkan keadaan, biarpun sudah diberi cuti sakit selama dua hari, Sarawut dikerah untuk kembali ke pejabat bagi menyiapkan pekerjaannya.

“Meskipun ketika mengambil cuti sakit selama dua hari, dia diarah masuk ke pejabat (stesen televisyen) untuk bekerja.

“Ini stesen TV ke neraka?,” tulis satu hantaran di laman Facebook terbabit yang sudah dipadam.

Susulan itu, portal berita Coconuts melaporkan bahawa TNN bakal membayar pampasan bernilai 24 kali ganda gaji bulanannya.

Insentif bersempena penghormatan kematian Sarawut ‘Bird’ Srisawas itu bakal diberikan kepada ahli keluarganya beserta pampasan insurans.

Baca juga: Tidak boleh ambil sikap ‘relaks’ dalam soal jaminan makanan

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*