Pernah Kalah Lawan Dengan Burung Emu, Ini Kisah Perang Australia-Emu 

perang emu australia

Pernah Kalah Lawan Dengan Burung Emu, Ini Kisah Perang Australia-Emu 

Sebut sahaja peperangan, perkara yang terlintas di kepala sudah tentunya pasukan tentera yang berperang bermati-matian melibatkan negara-negara.

Perang kebiasaannya berlaku disebabkan perselisihan faham ataupun perluasan empayar. Sama seperti dalam sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang telah mengorbankan lebih ratusan ribu nyawa.

Namun, pernahkah anda mendengar manusia berperang dengan kawanan burung? Lebih mengejutkkan lagi, pasukan tentera yang diamanahkan dalam perang itu gagal menentang haiwan ini.

Perang Emu

perang emu australia
Gambar ABC Landline: Tim Lee

Perang Emu merupakan perang atau operasi kententeraan dalam menangani isu burung Emu yang merosakkan sejumlah besar tanaman gandum di Australia Barat pada 1932.

Perang ini telah berlaku pada bulan November dan Disember 1932 dengan Artileri Diraja Australia telah ditugaskan untuk membunuh kira-kira 20,000 ekor burung emu.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Kenapa Perang Dengan Burung?

Di Australia, burung ini merupakan spesies yang sering dijumpai di sana dan telah mendiami selama ribuan tahun. Terdapat tiga subspesies yang diiktiraf dan menjadi habitat utama di utara, tenggara, dan barat daya Australia.

Burung ini terkenal dengan penghijrahannya sejauh ratusan kilometer untuk mencari sumber makanan dan air dalam tempoh setahun.

Difahamkan, selepas Perang Dunia Pertama, ekonomi di negara itu masih dalam fasa kemelesetan. Rata-rata bekas tentera (petani) telah mula mengusahakan tanaman gandum.

Bagaimanapun, penghijrahan kawanan burung emu mengakibatkan para petani berdepan dengan ancaman kerosakan tanaman yang diusahakan itu.

Pada 1922, kerajaan Australia telah menukar status emu daripada spesies asli yang dilindungi kepada sebagai “haiwan perosak” susulan kemusnahan sejumlah besar tanaman penting seperti gandum.

Burung ini kerap kali merosakkan pagar yang dibina oleh petani sehingga menyebabkan haiwan lain seperti arnab turut memasuki ladang dan melakukan kerosakan.  Keadaan bertambah keruh apabila emu bukan sahaja memakan tanaman malah ia juga memijak tumbuhan berdekatan.

BACA: Kenali Pencipta Trofi Piala Asia AFC 

Gambar: WA Department of Agriculture and Food

Pada 1932, berlaku penghijrahan luar biasa burung ini kerana musim kemarau yang sedang melanda pada waktu itu. Pada masa yang sama, para petani berdepan dengan kerosakan besar-besaran pada tanaman gandum di Australia Barat, khususnya di daerah Campion.

Penghijrahan burung ini dalam skala besar mendatangkan kemudaratan ekonomi yang serius kepada rantau itu yang bergelut dengan krisis ekonomi.

Akibatnya, satu per empat daripada penduduk di daerah itu mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan berkenaan sewaktu Perang Emu.

Kronologi Permulaan Perang Emu

perang emu australia
Gambar: Oscar Rivera / AFP

Berikutan masalah ini di luar kawalan para petani, mereka telah membuat aduan kepada kerajaan bagi menangani isu berkenaan. Susulan itu, Menteri Pertahanan Australia ketika itu, George Pearce telah menghantar askar profesional untuk membantu petani sekali gus menunjukkan bahawa kerajaan mengambil serius terhadap perkara itu.

November 1932, tiga anggota Artileri Diraja Australia yang diketuai Maj. Gwynydd Purves Wynne-Aubrey Meredith, gt. S. McMurray, dan Gunner J. O’Halloran telah pergi ke daerah Campion.

Bagi menangani masalah emu, pasukan itu telah menggunakan senjata api automatik Lewis termasuk 10,000 peluru bersama seorang jurugambar bagi membasmi kira-kira 20,000 ekor burung itu.

BACA JUGA: Kenali Sadd El-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia

Pada 2 November 1932, tiga pasukan tersebut telah menggunakan taktik ‘menyerang hendap terhadap sekumpulan kira-kira 50 ekor emu. Bagaimanapun, sewaktu melepaskan tembakan, burung-burung berkenaan bertempiaran lari ke semua arah.

Selain itu, pada 4 November, pasukan berkenaan turut melancarkan serangan hendap terhadap ribuan haiwan itu di kawasan sumber air namun menemui hasil yang sama.

Selepas tiga operasi pembasmian burung emu, difahamkan hanya kira-kira 30 ekor emu sahaja telah berjaya dibunuh.

Isytihar Gagal

perang emu australia
Gambar: State Library of Victoria/Roy Dunsta

Menjelang 8 November, laporan berita mengumumkan bahawa operasi pembasmian burung itu atau Perang Emu ‘gagal’.

Sementara tiga pasukan askar yang ditugaskan berundur pada tarikh yang sama. Kegagalan itu menjadi bahan cemuhan negara dan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, golongan petani tempatan menuntut agar pasukan tentara berkenaan dihantar semula.

Menurut laporan, sebanyak 300 ekor emu telah dibunuh apabila askar penembak ditempatkan semula pada 12 November.

Sehingga 10 Disember, sebanyak 986 ekor emu berjaya dibunuh manakala 2,500 ekor lagi mengalami kecederaan. Statistik yang diperolehi itu dipertikaikan kerana dianggap tidak berbaloi dengan nisbah peluru yang dibelanjakan.

Perkara itu sekali gus menamatkan operasi berkenaan.

Menjelang tahun 1934, kerajaan menggunakan alternatif membekalkan peluru kepada para petani malah menyediakan ganjaran hadiah kepada petani yang memburu burung itu.

Disebabkan itu, para petani ketika itu dibenarkan untuk menembak burung emu bagi melindungi sumber mereka yang terhad. Lebih kurang 57,000 hadiah telah dituntut oleh golongan petani dalam tempoh enam bulan.

Pada 1999, burung emu liar Australia diwartakan secara rasmi sebagai haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Biodiversiti.

Kisah ini turut dikongsikan oleh Ahmad Faezal di akaun TikToknya @ahmadfaezal4.

@ahmadfaezal4

Kisah Perang Emu sampai sekarang menjadi bahan sejarah mengenang prestasi Australia dalam menangani krisis migrasi haiwan besar-besaran. #emuwar #sejarahaustralia #sejarahduniayangdisembunyikan #kisahperangdunia #greatdepression

♬ original sound – Ahmad Faezal – Ahmad Faezal

 

Sumber: Britannica, TikTok @ahmadfaezal4

The post Pernah Kalah Lawan Dengan Burung Emu, Ini Kisah Perang Australia-Emu  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*