Disangka Ikan Besar, Rupanya Mayat Yang Tersangkut Di Mata Kail

Sekadar gambar hiasan

Mayat wanita tersebut difahamkan telah hilang beberapa hari yang lalu, namun, berjaya ditemui di Sungai Nani, Phitsanulok setelah seorang lelaki tidak sengaja ‘memancing’ mayat tersebut.

Mayat wanita

Difahamkan, mangsa, 21, ditemui dalam keadaan terlentang apabila pasukan polis hadir ke lokasi sekitar pukul 10:20 pagi (waktu tempatan). Menurut pemeriksaan, mayat dipercayai lemas dan dianggarkan telah meninggal dunia sekitar lapan jam sebelum itu.

Mangsa berpakaian kemeja-T hitam dan seluar jeans ketika ditemui. Mangsa adalah seorang pelajar dari Universiti Pibulsongkram Rajabhat.

Mata kail lelaki tersebut didakwa tersangkut pada pakaian mangsa ketika sedang memancing.

Lelaki berusia 58 tahun itu akui terkejut apabila sangkaannya adalah seekor ikan besar. Tambahnya, sungai itu merupakan tempat biasa dirinya melakukan aktiviti memancing.

Depresi

Sekadar gambar hiasan

Mangsa meminta untuk kenderaan diberhentikan kerana dia menyatakan teman lelakinya akan datang untuk mengambilnya di jambatan tersebut.

Rakan-rakannya menyatakan bahawa mereka cuba untuk mencari mangsa setelah jatuh dari jambatan, namun, usaha mereka tidak berjaya.

Kematian mangsa dianggap sebagai bunuh diri oleh kerana mangsa difahamkan sedang menerima rawatan kemurungan di Hospital Buddha Chinnarat.

Susulan daripada itu, mangsa akan dibedah siasat dan akan diadakan acara pengebumian oleh keluarganya. Kematiannya itu tidak disyaki sebarang perkara yang mencurigakan.

Sumber: The Thaiger

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*