Dah 10 tahun berkahwin, isteri pilih untuk bercerai sebab suami habiskan masa untuk memancing berbanding keluarga

Seorang wanita di China baru-baru ini bercerai dengan suaminya yang dikahwini selama 10 tahun, hanya kerana lelaki itu ketagih dengan hobi memancing berbanding meluangkan masa dengan keluarga.

Menurut fakta kes, Zhang mendakwa, dia sudah tidak dapat bertahan dengan ketagihan suaminya itu kerana selama ini dia yang banyak menguruskan hal-hal rumah tangga, termasuk menjaga dua anak mereka. Sementara suaminya hanya duduk di sofa bermain telefon dan keluar memancing bersama rakan-rakannya selepas waktu makan malam.

Zhang pernah meminta suaminya untuk mengurangkan aktiviti memancing dengan meluangkan masa bersama dengan keluarga. Namun permintaan itu tidak diendahkan menyebabkan Zhang mengambil keputusan terakhir untuk bercerai.

“Saya bangun sebelum jam 6 pagi setiap hari untuk menyediakan sarapan. Saya hantar anak-anak ke sekolah sebelum keluar bekerja. Setiap hari saya basuh pinggan, kemas rumah, ambil anak pulang dari sekolah dan bantu mereka menyiapkan kerja sekolah. Saya penat!,” kata Zhang ketika berada di mahkamah.

“Tetapi suami saya hanya bangun selepas saya menyiapkan sarapan. Selepas pulang dari bekerja, dia baring di sofa dan bermain telefon. Selepas makan malam, dia keluar untuk memancing dan kerap menghabiskan masa sepanjang malam untuk memancing bersama rakan-rakannya,” tambahnya.

Suaminya, Sun, juga bersetuju untuk bercerai kerana tidak tahan dengan Zhang yang gemar membebel mengenai hobinya. Dan dengan itu, dia akan dapat meluangkan masa untuk memancing.

Selepas usaha untuk memulihkan hubungan pasangan itu gagal, akhirnya hakim meluluskan permohonan mereka untuk bercerai.

“Memancing bukanlah satu perkara yang tidak baik, tetapi ada batasannya. Apabila awak sudah berkahwin, awak perlu memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan ibu bapa. Jangan terlalu mengutamakan aktiviti memancing berbanding keluarga,” kata Hakim Fu Honglian kepada Sun.

BACA: ‘Adik ipar selalu cemburu, saya bermanja dengan suami pun dia tunjuk muka tak puas hati’

Sumber: Oddity Central

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*