Disyaki Ceroboh Landasan, Tiga Lelaki Warga Bangladesh Maut Dilanggar Tren Komuter

lelaki dilanggar komuter

Disyaki Ceroboh Landasan, Tiga Lelaki Warga Bangladesh Maut Dilanggar Tren Komuter

KAJANG — Tiga lelaki warga Bangladesh maut berikutan dilanggar tren komuter di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Taman Puncak Utama Jade Hill semalam, lapor Sinar Harian.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pada pukul 10.53 malam, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

“Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi kejadian,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu dipercayai menceroboh landasan tren komuter berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, kesemua mangsa tercampak ke sisi laluan tren komuter tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Operasi tamat pada jam 12.15 tengah malam dan kes telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

BACA: Nak Pos Barang? Ketahui Tiga Servis Pos Malaysia Yang Terlibat Kenaikan SST

Ceroboh Landasan LRT

Terdahulu, seorang lelaki didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret kerana menceroboh dan melintas landasan di Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, lapor Bernama pada Disember lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 20, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Platform Stesen LRT Pudu pada 6.47 petang, 18 Disember.

Pertuduhan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh, namun tertuduh merayu hukuman ringan terhadapnya.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Rumah Bahang ‘Menyengat’? Ikut Tip Ni Sejukkan Kediaman Tanpa Aircond

The post Disyaki Ceroboh Landasan, Tiga Lelaki Warga Bangladesh Maut Dilanggar Tren Komuter appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*