Punca siaran langsung Piala AFF di RTM lambat 15 minit

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil tampil menjawab persoalan netizen atas kelewatan siaran Perlawanan AFF Mitsubishi Electric selama 15 minit dari stesen berbayar, baru-baru ini.

Menurut kenyataannya menerusi video bedurasi 13 saat dimuat naik oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), kelewatan tersebut disebabkan ia adalah siaran tidak berbayar dan hanya dibolehkan untuk disiar 15 minit lewat.

“Siaran oleh RTM merupakan siaran yang tidak berbayar (free to air) dan hanya dibenar menyiarkan perlawanan 15 minit lewat dari waktu sebenar perlawanan,” jelasnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan masing-masing yang rata-rata meminta siaran perlawanan tersebut diawalkan.

“15 minit itu, tidak boleh diawalkan lagi kepada 15 tahun ke,” seloroh seorang pengguna, @SangkulRimbas.

“Cakap awal-awal orang fahamlah. Orang pun tidak akan marah,” ciap @sayaieman pula.

“Sudah cukup baik 15 minit. Mahu siaran percuma maka jangan mengeluh,” komen @pentaksubdsai pula.

Hantaran video berdurasi 13 saat itu seterusnya meraih 11,500 jumlah tontonan dan 40 ciap semula setakat ini. – KOSMO! ONLINE

The post Punca siaran langsung Piala AFF di RTM lambat 15 minit appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*