Disyaki Dilanggar Lari, Penunggang Motosikal Maut

Penghantar Makanan Maut

Disyaki Dilanggar Lari, Penunggang Motosikal Maut

SUBANG JAYA — Pihak polis meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian pada awal pagi tadi.

Menurutnya, seorang penunggang motosikal terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 12.2 Lebuhraya Elite dari Arah Shah Alam ke Putrajaya.

“Pada hari ini, jam lebih kurang 5.12 pagi tadi, Bahagian Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya telah menerima satu laporan kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal jenis SYM 185 CC di Kilometer 12.2 Lebuhraya Elite dari Arah Shah Alam ke Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila motosikal jenis SYM  yang bergerak di lorong kiri disyaki dilanggar oleh kenderaan tidak pasti dari belakang.

“Akibat kemalangan tersebut penunggang maut serta-merta di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: “Saya Baru Niat Nak Mencari Dia…” Rider Maut Dilanggar, Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima Kasih

Kata Wan Azlan lagi, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian bagi mengenal pasti punca kemalangan. Manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai atau saksi untuk membantu siasatan berhubung kejadian.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya, Inpektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875.

Rider Makanan Maut 

Terdahulu, seorang penghantar makanan maut dan seorang lagi penunggang motosikal parah dalam satu kejadian kemalangan selepas dilanggar oleh kereta di lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kemalangan maut berkenaan dilapor melibatkan lima buah kenderaan pada 2.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, pihaknya telah menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan dua buah kenderaan SUV Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran,” jelasnya.

Sumber: Polis Daerah Subang Jaya

The post Disyaki Dilanggar Lari, Penunggang Motosikal Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*