Desas-Desus Rombakan Kabinet: “Saya Fikir Dahulu” – Anwar

Desas-Desus Rombakan Kabinet: “Saya Fikir Dahulu” - Anwar

Desas-Desus Rombakan Kabinet: “Saya Fikir Dahulu” – Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet.

“Saya fikir dahulu,” katanya ringkas kepada pemberita bagi menjawab desas-desus kemungkinan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal digugurkan dan dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 7 Okt ini.

BACA: Kajian Dapati Pemenang Pingat Gangsa Lebih ‘Gembira’ Dari Pemenang Pingat Perak, Ini Alasannya

Sumber: Bernama

The post Desas-Desus Rombakan Kabinet: “Saya Fikir Dahulu” – Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*