Ditutup Gara-Gara Ancaman Bom, AEON Mall Klebang Kembali Beroperasi Esok

AEON Mall Klebang kembali beroperasi

Ditutup Gara-Gara Ancaman Bom, AEON Mall Klebang Kembali Beroperasi Esok

IPOH, 23 Ogos (Bernama) — Pusat membeli-belah AEON Mall Klebang akan beroperasi seperti biasa esok selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis itu berikutan kes panggilan yang dipercayai ancaman bom.

Pihak pengurusan AEON Co (M) Bhd memaklumkan perkara itu melalui hantaran di laman Facebook malam ini.

“Selepas pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis, AEON kembali memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami akan beroperasi semula seperti biasa esok, Khamis (24 Ogos 2023) pada 10 pagi.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan anda,” katanya.

Petang tadi, bangunan AEON Mall Klebang dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.

Sumber: BERNAMA

The post Ditutup Gara-Gara Ancaman Bom, AEON Mall Klebang Kembali Beroperasi Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*