Dr Azizan Osman Besar Hati Beri Bimbingan Kepada Datuk Red Dalam Perniagaan

Dr Azizan Osman Besar Hati Beri Bimbingan Kepada Datuk Red Dalam Perniagaan

Melaka, 15 April – Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adenan Abu, 46, menzahirkan rasa syukur apabila menerima bimbingan secara rasmi daripada Mentor Usahawan terkenal, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

dr azizan osman bimbingan datuk red

Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi itu berkata, beliau bersedia untuk menerima bimbingan selepas dilantik menjadi duta dan rakan kongsi produk HIM Coffee hasil kerjasama dengan pemilik Him Wellness Clinic, Dr Samhan.

“Saya berterima kasih kepada Dr. Azizan atas kesediaan beliau untuk membimbing saya dan Dr. Samhan atas peluang untuk berkolaborasi dalam perniagaannya.

dr azizan osman bimbingan datuk red

“Saya akan memberikan komitmen sepenuhnya dengan tunjuk ajar Dr. Azizan untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan bersama Dr. Samhan,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Azizan berkata, pihaknya yakin hasil kerjasama Datuk Red dengan Dr. Samhan, yang juga seorang pempengaruh terkenal, mampu memberikan suntikan semangat bagi Adenan untuk bangkit semula.

“Saya yakin dengan kerjasama ini, Datuk Red dapat bangkit semula dan mencapai jualan pertamanya sebanyak RM1 juta dalam tempoh tiga bulan.

dr azizan osman bimbingan datuk red

“InsyaAllah, dengan izinnya dan sokongan daripada semua pihak, saya dan RichWorks akan cuba membantu Datuk Red dengan bimbingan perniagaan agar beliau dapat menyelesaikan hutangnya dan keluar dari muflis dengan memulakan perniagaan baharu ini.

“Dengan sokongan padu daripada orang ramai dan komitmen Datuk Red, saya jangkakan beliau akan dapat keluar daripada kesilapan dan belenggu hutang sebanyak RM7 juta ini dalam tempoh tiga tahun.

“Cuma syaratnya, kerjasama ini akan dipantau sepenuhnya oleh saya sendiri. Saya akan memberi bimbingan dan strategi perniagaan sehingga hutang itu langsai sepenuhnya,” kata Dr Azizan.

dr azizan osman bimbingan datuk red

Dalam pada itu, Dr. Azizan berharap kejayaan Datuk Red ini akan memberikan inspirasi kepada ramai orang yang mungkin menghadapi cabaran yang sama, bahawa setiap orang mampu bangkit dari kegagalan atau cabaran terutamanya dalam bidang ekonomi.

Mengulas lanjut, Datuk Red berkata, keutamaan buat dirinya pada ketika ini adalah untuk menyelesaikan segala hutangnya menerusi perniagaan yang bakal dijalankan.

“Niat saya memang untuk menyelesaikan hutang. Memang saya minta (doa) dengan Allah macam itu. Saya tidak mahu bermewah-mewah dengan kereta mewah, melancong atau kahwin lain,” jelasnya.

Terdahulu, Dr. Azizan telah menyertai siaran langsung TikTok Datuk Red dan berkongsi beberapa panduan untuk beliau bangkit semula.

The post Dr Azizan Osman Besar Hati Beri Bimbingan Kepada Datuk Red Dalam Perniagaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*