Jordan Takkan Benarkan Perang Serantau Berlaku di Tanah Airnya – Raja Abdullah II

jordan perang serantau

Jordan Takkan Benarkan Perang Serantau Berlaku di Tanah Airnya – Raja Abdullah II
Menurut Mahkamah Diraja Hashemite, Raja Jordan, Raja Abdullah II menerima panggilan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.
Panggilan itu meliputi isu terkini yang sedang berlaku di rantau itu dan usaha menenangkan keadaan serta mencapai kata sepakat genjatan senjata di Gaza, lapor Anadolu.
Abdullah juga menggesa keperluan untuk menghentikan segera apa yang sedang berlaku di rantau itu dan beri amaran sebarang tindakan dari Isarel akan memburukkan lagi keadaan konflik di timur tengah.
Menurut kenyataan mahkamah lagi, Raja Abdullah berkata menamatkan perang terhadap Gaza segera adalah jalan terbaik untuk mengelakkan perang serantau berlaku.
“Jordan tidak akan membenarkan perang serantau berlaku di tanah air mereka,”
Abdullah juga menyeru untuk melindungi orang awam di Gaza dan memastikan saluran bantuan kemanusiaan kekal berterusan.
Sumber: Bernama

The post Jordan Takkan Benarkan Perang Serantau Berlaku di Tanah Airnya – Raja Abdullah II appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*