Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex Pemberian Raja Arab Saudi, Keuntungan Bakal Diinfak Untuk Palestin

dr zulkifli jam rolex

Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex Pemberian Raja Arab Saudi, Keuntungan Bakal Diinfak Untuk Palestin

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa jam jenama Rolex kesayangannya bakal dijual bermula pada harga tapak RM40,000.

Perkara itu dimaklumkan Dr Zulkifli dalam satu hantaran di X (Twitter) hari ini. Difahamkan, kenaikan bidaan bermula RM100 ke atas.

Jelasnya, penjualan jam tersebut adalah bagi meraikan kesungguhan Kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan billion dollar kepada Palestin saban tahun.

Gambar: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Hasil tersebut kemudian bakal disumbangkan kepada rakyat Palestin yang berdepan dengan pelbagai kesulitan.

BACA JUGA: Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Berkongsi Rumah Sewa Berbeza Jantina Bukan Mahram Ketika Bercuti

“Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ

Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92)

Hadiah Daripada Raja Arab Saudi

Gambar: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mantan Menteri Agama itu juga berkata, jam berkenaan merupakan pemberian daripada Raja Arab Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz sejak enam tahun lalu.

“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.

“Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, DYMM Al-Malik Salman bin Abdulaziz hafizahullahu ta’ala dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Jam rolex dr zulkifli
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

“Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr. Aizam untuk mengambilnya.

“Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut. Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri. Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

“Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya. Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi,” tulisnya di platform berkenaan.

Jam rolex dr zulkifli
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Katanya lagi, bidaan itu turut dibuka di ruang komen kepada sesiapa yang berminat.

Sehingga 12.35 tengahari tadi, jumlah bidaan telah melebihi RM95,000 di Facebook dan bidaan bakal ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12.00 tengah malam.

Sumber: Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

The post Dr Zulkifli Lelong Jam Rolex Pemberian Raja Arab Saudi, Keuntungan Bakal Diinfak Untuk Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*