Gaza Diserang Serangan Udara Israel Awal Pagi Tadi

serangan udara gaza

Gaza Diserang Serangan Udara Israel Awal Pagi Tadi

SUASANA hening di Gaza awal pagi tadi bertukar gegak gempita apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas bandar itu, lapor ABC News.

ABC News melaporkan, serangan udara tersebut yang mula berlaku beberapa jam tadi menjejaskan beberapa ruang atas bangunan di bandar Gaza serta kawasan perumahan di Rafah.

Tidak hanya menyasarkan kediaman awam, malah serangan udara berkenaan dilapor turut memberi impak kepada kawasan latihan ketenteraan gerakan di wilayah itu.

Laporan Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan terdapat beberapa mangsa (orang awam) terbunuh akibat serangan udara berkenaan.

Namun difahamkan jumlah sebenar kematian belum lagi direkodkan buat masa ini.

Bagaimanapun menurut laporan terkini Aljazeera sebentar tadi, jumlah korban yang direkodkan setakat pagi ini adalah 10 orang.

Serangan udara berlaku ketika konflik Israel-Semenanjung Gaza kian memuncak

Difahamkan serangan udara itu berlaku ketika konflik antara Israel dengan gerakan di Semenanjung Gaza yang berada di bawah naungan Hamas kian memuncak sejak akhir-akhir ini.

Memetik ABC News, ketegangan itu dikaitkan dengan peningkatan konflik yang berlaku di Tebing Barat.

Ia berlaku ekoran tindakan Israel ke wilayah berkenaan sejak beberapa bulan lalu bagi menahan warga Palestin yang disyaki terlibat merancang atau melakukan serangan ke atas mereka.

Israel Lancar Serangan Udara Buru Pemimpin Jihad Islam

Sementara itu, difahamkan serangan udara tersebut iaitu Shield and Arrow Operation dilancarkan bagi bertujuan memburu pemimpin gerakan Jihad Islam yang dikehendaki, Khalil Bahitini.

Jabatan Pertahanan Israel dalam satu hantaran di Twitter memaklumkan, Khalil dikehendaki ketika ini ekoran individu itu didakwa menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam di Israel.

Menurut jabatan itu, Khalil merupakan antara individu utama Jihad Islam yang berposisi sebagai pegawai kanan operasi gerakan tersebut yang berpusat di Gaza.

“Khalil bertanggungjawab dalam serangan roket dari Gaza yang dilepaskan ke arah Israel pada bulan lepas.

“Khalil juga bertanggungjawab meluluskan dan membawa keluar semua pengganas dari utara Gaza ke arah Israel,” memetik kenyataan jabatan itu pagi ini.

Difahamkan, Khalil dalam masa sama mempunyai hubungan rapat yang aktif bersama pegawai-pegawai tertinggi Biro Politik Jihad Islam.

Berikut di bawah adalah rangkuman rakaman video suasana serangan di Gaza yang dipercayai direkodkan oleh orang awam.

Sumber: ABC News / Israel Defense Force

The post Gaza Diserang Serangan Udara Israel Awal Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*