Dua Bekas Pemimpin UMNO Sah Sertai DAP

bekas umno sertai DAP

Dua Bekas Pemimpin UMNO Sah Sertai DAP

Bekas Timbalan Ketua Cawangan UMNO Titi Gantung, Abdul Mukmin Abd Rashid dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pekan Parit, Rosman Esa sah sertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersama lapan lagi ahli yang lain, lapor Sinar Harian.

Penyertaan dua bekas pemimpin UMNO cawangan di Bahagian Parit itu diterima selepas mereka menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi DAP Parlimen Parit, Tarmizi Mohd Jam.

Kata Abdul Mukmin, keputusan untuk menyertai parti tersebut dibuat kerana beliau jelas merasai penolakan oleh akar umbi UMNO.

Hal ini terjadi selepas beliau tewas dua kali dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit dan merasakan itu adalah ‘signal’ yang jelas.

Tambahnya, dengan penyertaannya ke dalam DAP, beliau dapat menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Saya sudah dua kali menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit tapi kalah dan cukup jelas signal dari perwakilan menolak saya dengan undi.

“Ada yang menuduh saya mengejar pangkat dan wang apabila masuk DAP. Saya berminat dalam politik sejak dari kecil lagi dan memerlukan platform untuk menyuarakan suara rakyat. DAP membuka ruang seluasnya untuk golongan professional,” katanya.

BACA: PAS Ada Potensi, Diyakini Ambil Alih Kerajaan Persekutuan

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai penyertaannya, Abdul Mukmin berkata penghijrahan itu dibuat kerana mereka mahu menuju ke langkah baharu yang semakin terbuka dalam persaingan demokrasi yang lebih segar dan sihat.

Beliau kemudiannya menjelaskan penghijrahannya kemungkinan akan disusuli oleh beberapa lagi rakan-rakan ahli UMNO menyertai DAP di cawangan itu.

Dalam perkembangan lain, Tarmizi turut mengucapkan tahniah kepada mereka atas tindakan tersebut.

Perkara tersebut membuatkannya menaruh harapan bahawa lebih ramai orang Melayu akan menyertai DAP meskipun baru bertapak di Parit.

Tarmizi sebelum ini melakar sejarah selepas berjaya menubuhkan DAP melibatkan keahlian yang tergolong daripada orang Melayu di Parlimen Parit pada September tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Abdul Hadi Kekal Presiden PAS

The post Dua Bekas Pemimpin UMNO Sah Sertai DAP appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*