Terjatuh Pada Ketinggian 1,000 Kaki, Juruterbang Air France Maut Ketika Mendaki Gunung Whitney

juruterbang gunung whitney

Terjatuh Pada Ketinggian 1,000 Kaki, Juruterbang Air France Maut Ketika Mendaki Gunung Whitney

Juruterbang Perancis yang dilaporkan hilang telah ditemui meninggal dunia minggu lalu selepas terjatuh pada ketinggian 1,000 kaki semasa mendaki di Gunung Whitney di Sequoia dan Taman Negara Kings, yang terletak di California.

Lapor Fox News, Perkhidmatan Taman Negara berkata Tom Gerbier yang merupakan warga Perancis Fontenay-sous-Bois telah mendaki pada awal pagi Selasa dari Whitney Portal, pintu masuk Gunung Whitney melalui Laluan Pendakian Gunung sebelum penerbangan pulang pada esoknya.

“Gerbier digambarkan sebagai pendaki gunung yang berpengalaman dan pelari ultra dengan peralatan serta keupayaan untuk melengkapkan laluan,” kata Pejabat Sheriff Daerah Inyo.

Kehilangan Gerbier membuatkan pihak berkuasa segera memulakan operasi mencari dan menyelamat pada Khamis di jejambat Gunung Whitney, namun pejabat sheriff tidak menemukan apa-apa petanda berkaitan dengan pendaki gunung tersebut.

Tidak hanya itu, pihak berkuasa turut mengarahkan pasukan darat untuk menjalankan operasi tersebut dan akhirnya mereka menemui petunjuk berkaitan Gerbier.

Menurut penyelamat, petunjuk yang ditemui menunjukkan pendaki tersebut kemungkinan terjatuh dari tebing di kawasan yang dikenali sebagai The Notch.

Kawasan itu disifatkan sebagai ‘laluan pendaki gunung bertemu dengan wajah utara gunung Whitney yang curam dan terdedah dan kawasan gunung yang tidak menentu’, kata pejabat sheriff.

Pendaki gunung tersebut ditemui dalam keadaan tidak bergerak selepas sebuah helikopter NPS digerakkan dengan pakaian yang sepadan dengan penerangan yang diberikan.

BACA: India Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Palestin

NPS mengatakan mangsa telah jatuh kira-kira 1,000 kaki dan mayatnya telah dipindahkan ke Pejabat Sheriff Daerah Tulare di mana identitinya disahkan.

Dalam satu kenyataan, Air France memaklumkan kepada San Francisco bahawa pihaknya kesal atas berita kematian berhubung salah seorang juruterbangnya pada 20 Oktober itu.

Syarikat tersebut menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa dan orang yang terkesan dengan kematiannya.

Pejabat sheriff memberi amaran bahawa Laluan Pendaki Gunung di Whitney adalah pendakian teknikal yang memerlukan kemahiran dan peralatan mendaki gunung yang bertaraf tinggi.

“Pendakian ke gunung tersebut telah meragut banyak nyawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ingat, tidak kira betapa mahir dan bersedianya anda, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.” katanya.

Gerbier adalah kematian kedua yang dilaporkan di Taman Negara Sequoia dan Kings Canyon tahun ini, kata pegawai.

Untuk pengetahuan awam, Gunung Whitney adalah gunung yang tertinggi di Amerika Syarikat pada ketinggian 14,505 kaki.

Sumber: Fox News

The post Terjatuh Pada Ketinggian 1,000 Kaki, Juruterbang Air France Maut Ketika Mendaki Gunung Whitney appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*