Dua Kanak-kanak Maut, Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat, Dungun

Dua kanak-kanak dilapor maut selepas lemas ketika mandi Pantai Teluk Lipat, di Dungun, Terengganu hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Mohd Zaiharis Sandar, mangsa yang meninggal dunia masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

Jasad kedua-dua mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat pada jarak dan waktu berasingan dari lokasi terkahir mereka dipercayai lemas.

“Semasa kejadian, tiga orang rakan berusia sembilan hingga 11 tahun sedang mandi-manda bersama di pantai berkenaan sebelum dua daripadanya dipercayai lemas akibat dibawa arus deras.

“Seorang rakannya yang berusia 11 tahun ketika itu selamat kerana tidak dibawa arus selain berada di kawasan yang tidak dalam,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujarnya, pasukan penyelamat menemui mangsa pertama yang berusia sembilan tahun pada 4.57 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.

Manakala seorang lagi mangsa, ditemui 300 meter dari lokasi terakhir pada 6.24 petang.

Kata Mohd Zaiharis lagi, jasad kedua-dua kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Sinar Harian, seramai 22 anggota BBP Dungun termasuk anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) terlibat dalam operasi itu selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.22 petang.

Sumber: Sinar Harian

 

The post Dua Kanak-kanak Maut, Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Lipat, Dungun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*