Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Akauntan

dua lelaki kes akauntan

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Akauntan

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang akauntan sebuah syarikat swasta yang ditemukan di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kedua-dua mereka yang berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan semalam di sekitar Lembah Klang dan merupakan rakan kepada mangsa.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kedua-dua individu ini direman bermula semalam hingga 18 Dis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan objek tumpul di beberapa bahagian badan namun lokasi kejadian masih belum dikenal pasti.

Terdahulu, lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam kira-kira 6 pagi, 11 Dis lepas.

Sebelum ini, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu disyaki penagih dadah selepas  mass DNA screening atau ujian DNA secara beramai-ramai di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Menurut Sinar Harian, keputusan ujian air kencing ketiga-tiga individu itu yang juga penghuni di apartmen berkenaan adalah positif.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ganggu Rakan Sedang Tidur, Lelaki Warga Bangladesh Maut Ditetak

The post Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Akauntan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*