Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti

pakej cikgu bercuti

Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti

Dah nak dekat hujung tahun ni, orang ramai semestinya akan memanfaatkan cuti yang dikumpul sepanjang tahun untuk clear semua cuti tahunan bagi membawa keluarga bercuti panjang.

Bagi mereka yang membuat planning seperti ini, pastinya sejak dari awal tahun lagi telah pun survey atau dah booking tempat-tempat makan angin yang telah dipersetujui dalam kalangan ahli keluarga.

Ramai yang memilih untuk buat seperti ini kerana kebiasaannya kalau booking awal, pasti akan dapat harga yang murah. Kalau booking saat-saat akhir dan ditambah pula dengan demand yang tinggi, harga tempat penginapan tu pastinya akan menjadi mahal.

Kesibukan para cikgu di sekolah dalam melayan karenah murid-murid serta tugas hakiki seorang guru pastinya kadang kala tidak sempat untuk terfikir pun mahu pergi bercuti. Bila dah nak dekat hujung tahun atau masuk cuti persekolahan tu, barulah ada masa nak fikir untuk pergi bercuti.

Pada masa itu pula, kalau baru nak booking tempat-tempat percutian ni, harga pula semestinya akan melambung tinggi. Perkara tu pastinya membuatkan cikgu-cikgu ni terpaksa melupakan hajat untuk bawa keluarga pergi bercuti dan hanya menghabiskan bercuti yang berbaki duduk di rumah sahaja.

Benda tu secara tidak langsung akan mendatangkan kesan dari segi fizikal dan mental para cikgu. Manakan tidak, dah penat-penat kerja dan hadap stres serta cabaran dalam melayani serta mengajar kanak-kanak di sekolah, tapi tak dapat nak release semua tu dengan pergi bercuti dekat tempat-tempat menarik sebab harga pakej atau tempat penginapan tu mahal.

Perkara sedemikian sebenarnya telah berjaya dihidu oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tau. Disebabkan itu, phak KPM kini telah pun melaksanakan satu inisiatif yang bernama Pakej Cuti-Cuti Cikgu khusus kepada para guru untuk memastikan keperluan guru terjaga dari segi fizikal dan mental.

Pakej Cuti-Cuti Cikgu (CCC) ni dibuat khas bagi membolehkan guru-guru menikmati percutian yang terjangkau tanpa mengorbankan kualiti. Pakej CCC ini mendapat sokongan dari AirAsia, Traveloka, Tourism Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) dan Bank Rakyat. Sebagai contoh, pakej CCC yang ditawarkan oleh Tourism Malaysia ini terdiri daripada 100 pilihan destinasi menarik. Para guru berpeluang untuk meneroka keindahan alam semulajadi, selami budaya di setiap tempat yang dikunjungi. Bukan takat tu je, kalau para guru nak buat majlis sambutan hari jadi pun boleh. Setiap pakej yang ditawarkan ini semuanya dah ada harga special untuk para guru guna.

Menariknya berkenaan pakej yang disediakan ni, para guru bebas untuk memilih nak bercuti dekat mana sebab pakej ni ada untuk seluruh negeri di Malaysia. Tinggal nak pilih bercuti dekat negeri mana je.

Untuk para guru yang nak tahu dekat mana boleh tebus pakej ni, sila baca seperti berikut:

Selatan

Untuk cikgu-cikgu yang nak bawa keluarga bercuti ke negeri-negeri belah selatan tanah air, cikgu-cikgu wajib guna inisiatif khas yang dilaksanakan oleh KPM ni. Cikgu-cikgu boleh mendapat banyak diskaun serta pakej istimewa di beberapa hotel terkemuka di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Ada banyak benda best yang cikgu boleh manfaatkan dengan inisiatif oleh KPM ni antaranya ialah boleh dapat diskaun istimewa untuk bawa keluarga bersuka ria di Legoland, bawa seluruh keluarga buat tour sambil belajar sejarah berkenaan Melaka, nak lawat ladang unta serta kilang coklat di Negeri Sembilan pun boleh.

Ketahui lebih lanjut berkenaan tawaran khas di negeri-negeri di selatan tanah air dalam pakej cuti-cuti cikgu ini.

Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu

Utara

Dekat utara ni pun kalau cikgu-cikgu ada plan nak bercuti belah-belah sini, ketahuilah bahawa ada pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi dengan tawaran khas untuk para guru nikmati. Selain dapat diskaun istimewa untuk menginap di hotel bertaraf 4 bintang, ada juga pakej berbulan madu istimewa yang cikgu-cikgu boleh redeem tau. Kalau nak buat aktiviti laut seperti island hopping atau nak merasai pengalaman naik cruise sambil tengok matahari terbenam pun boleh dapat diskaun special tau. 

Nak masuk gua ke atau pun nak bawa keluarga pergi mandi manda dekat Lost World of Tambun pun ada ditawarkan diskaun yang menarik tau. Cikgu-cikgu yang nak rasa mangga Harumanis tu boleh lah pilih pergi bercuti ke negeri Perlis ni sebab ada pakej istimewa dengan harga yang berbaloi ditawarkan.

Ada banyak hotel yang tawarkan harga istimewa untuk cikgu-cikgu pilih. Nak duduk dekat Georgetown boleh, dekat Seberang Jaya boleh, nak berkhemah pun boleh juga ye. Ha, pilih je. Kalau nak buat aktiviti mencabar sikit, boleh pergi Escape Penang. Harga istimewa untuk cikgu-cikgu cuma RM167 je seorang. Berbaloi betul.

Terokai keindahan negeri Perak dengan tawaran istimewa yang ditawarkan khas kepada cikgu-cikgu. Tawaran serendah RM240 pun ada untuk cikgu-cikgu menginap dekat hotel dengan bilik deluxe tau. Kalau nak buat lawatan dan belajar pasal Perak pun ada ditawarkan pakej yang menarik. Nak masuk gua ke atau pun nak bawa keluarga pergi mandi manda dekat Lost World of Tambun pun ada ditawarkan diskaun yang menarik tau. Jangan lepaskan peluang!

Ketahui lebih lanjut berkenaan tawaran khas di negeri-negeri di utara tanah air dalam pakej cuti-cuti cikgu ini.

Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu

Pantai Timur

Kalau cikgu-cikgu berminat nak bawa keluarga buat aktiviti lasak, dekat Kelantan ni ada pelbagai pakej yang menawarkan diskaun istimewa untuk para cikgu. Antara aktiviti tu adalah flying fox, rock climbing, nak berkhemah pun boleh dan macam-macam lagi lah. 

Nak berbulan madu pun ada pakej istimewa yang disediakan tau dekat Pahang. Bukan takat tu je, nak pergi berhibur dekat Genting Highlands, nak buat aktiviti lasak, nak menginap dekat hotel, semua ada pakej dan harga istimewa yang ditawarkan untuk cikgu-cikgu.

Terengganu adalah salah satu destinasi yang terbaik kalau cikgu-cikgu nak bawa keluarga pergi bercuti menikmati keindahan pantai. Paling best sekali, kalau nak buat hari keluarga, ada satu pakej ni yang cikgu boleh manfaatkan untuk dapatkan harga yang istimewa tau. Tapi kalau nak bawa keluarga kecil je pun ada je tempat penginapan dekat Pulau yang cikgu-cikgu boleh dapatkan harga istimewa juga.

Ketahui lebih lanjut berkenaan tawaran khas di negeri-negeri di pantai timur dalam pakej cuti-cuti cikgu ini.

Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu

Sabah

Bercuti ke negeri Sabah dan jelajahi pulau-pulau yang cantik dengan pelbagai pakej istimewa khas untuk cikgu-cikgu tebus. Dekat Sabah ni ada banyak hotel yang ambil bahagian tawarkan harga diskaun menarik kepada cikgu-cikgu. Kalau nak pergi jalan-jalan lakukan aktiviti dekat pulau pun ada pakej yang all in siap pengangkutan semua disediakan. Nak pergi perkampungan budaya belajar pasal budaya Sabah pun ada. Nak buat aktiviti dekat pergunungan pun ada. Banyak sangat aktiviti menarik untuk dipilih dekat Sabah ni.

Ketahui lebih lanjut berkenaan tawaran khas di negeri Sabah dalam pakej cuti-cuti cikgu ini.

Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu

Sarawak

Jalan-jalan dan menginap di negeri Sarawak dengan harga serendah RM50 seorang di Penview Hotel, Kuching khas untuk cikgu-cikgu. Bukan tu je, cikgu-cikgu yang nak menginap di Hotel Grand Continental di bilik Deluxe cuma perlu bayar RM155 je sebilik untuk 2 hari 1 malam. Nak pergi Taman Negara Bako dan Petrosains Kuching pun ada tawaran istimewa tau. Jangan lupa tebus ye.

Ketahui lebih lanjut berkenaan tawaran khas di negeri Sarawak dalam pakej cuti-cuti cikgu ini.

Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu

Lembah Klang

Pelbagai tempat menarik yang boleh cikgu-cikgu bawa keluarga kunjungi dan semestinya dengan tawaran serta pakej istimewa yang boleh dinikmati di Lembah Klang ini. Boleh lawat kebun buah dekat Rawang, boleh melawat ke kilang IKS, boleh menginap dekat hotel berhampiran Putrajaya, mandi manda dekat Wet World Shah Alam, lawat Ladang Farm Fresh dan banyak lagi lah. Paling penting sekali harga atau pakej yang ditawarkan kepada cikgu-cikgu ni ialah harga yang istimewa punya.

Kepada cikgu-cikgu yang nak rasa bercuti di bandar, ha inilah masanya. Pelbagai tawaran serta aktiviti menarik yang didatangkan dalam pakej istimewa khas untuk cikgu-cikgu. Boleh menginap di hotel terkemuka di ibu kota, lawat Farm In The City, nak Staycation, lawat Petrosains KLCC, lawat Pusat Sains Negara dan banyak lagi. Paling best, semua tu ada harga yang istimewa khas untuk cikgu-cikgu nikmati.

Ketahui lebih lanjut berkenaan tawaran khas di Lembah Klang dalam pakej cuti-cuti cikgu ini.

Senarai Pakej Cuti-cuti Cikgu

Menarik pakej-pakej hasil daripada inisiatif KPM ni kan? Ada juga pakej penerbangan oleh Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa pakej percutian yang lain juga ditawarkan oleh Traveloka khusus untuk para guru tau:

Risau akan perbelanjaan semasa merancang dan perbelanjaan percutian? Bank Rakyat sedia membantu.

Tapi perlu diingatkan bahawa tempoh sah pakej ni semua bermula dari 16 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2024 je tau. Kesemua pakej ni juga tertakluk pada terma dan syarat. 

Cikgu-cikgu yang pening tak tahu nak pergi mana tu boleh dah plan terus bercuti bawa sekali ahli keluarga. Apa lagi tunggu? Jangan lepaskan peluang guna pakej-pakej ni tau. 

Kalau nak tahu lebih mendalam berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan, klik di sini.

Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut berkenaan pakej Cuti-Cuti Cikgu ni, layari laman web KPM di sini.

The post Boleh Dapat Harga “Special”, Cikgu Sekolah Wajib Tebus Pakej Ni Sebelum Pergi Bercuti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*