Dua Penterjemah Bahasa Isyarat Di Konsert Coldplay Singapura Tular

bahasa isyarat konsert coldplay

Dua Penterjemah Bahasa Isyarat Di Konsert Coldplay Singapura Tular

Konsert Coldplay di Singapura masih lagi sedang diteruskan dan ia akan berlangsung sehingga 31 Januari 2024.

Sepanjang konsert dijalankan, tidak dinafikan bahawa kebanyakan peminat kumpulan itu amat menikmati masa mereka di situ.

Siapa sahaja yang tidak suka apabila dapat menghadirkan diri ketika kumpulan muzik kegemaran melakukan konsert di tempat mereka? Semestinya ia dijadikan sebagai satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Lebih-lebih lagi apabila konsert tersebut menyediakan penterjemahan bahasa isyarat menunjukkan mereka sedar bahawa peminat datang daripada pelbagai golongan.

Misalnya seperti konsert Coldplay di Singapura di mana mereka menyediakan dua orang penterjemah bahasa isyarat.

Kehadiran mereka yang menterjemahkan lagu dengan lenggok yang menghiburkan telah membuatkannya menjadi tular.

Sebuah video yang dikongsikan oleh Rastny Octiana di TikTok menjadi tumpuan ramai apabila dia telah merakamkan gelagat dua orang penterjemah itu.

Gelagat Penterjemah American Sign Language

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan dua orang penterjemah yang sedang giat menterjemahkan lagu yang dinyanyikan oleh Chris Martin dan kumpulannya itu menggunakan American Sign Language (ASL).

Apabila dilihat dengan teliti, salah seorang daripada dua orang penterjemah itu menterjemahkan lirik lagu yang dinyanyikan.

Sementara seorang lagi penterjemah telah menterjemahkan bunyi gitar, drum dan sebagainya. Sambil mereka melakukan terjemahan, mereka juga tidak lupa untuk menambahkan rasa dengan tarian.

Amat menghiburkan apabila mereka sengaja melakukan tarian dengan penuh keterlaluan supaya sesiapa yang melihat mereka dapat mengetahui apakah emosi yang ada di dalam lagu itu.

Melalui video itu juga, ia menunjukkan seorang wanita yang berdiri di hadapan merakam gelagat mereka dan tidak dinafikan wanita itu jelas teruja dengan tarian yang ditunjukkan.

Dengan adanya penterjemah bahasa isyarat, mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga boleh menikmati dan bersuka-ria di konsert/

Untuk pengetahuan anda, Chris Martin yang merupakan vokalis dan pemain piano kumpulan itu merupakan seorang advocator untuk bahasa isyarat.

Jadi, tidak hairanlah konsert kumpulan itu mempunyai penterjemah bahasa isyarat di konsert mereka. Anda rasa, adakah penterjemah bahasa isyarat diperlukan untuk konsert-konsert yang bakal diadakan?

@rastnyoctiana

Coldplay sign language area #coldplaysingapore

♬ original sound – Rastny Octiana – Rastny Octiana

Sumber: Rastny Octiana via TikTok

BACA JUGA: Sebak, “Influencer” Hadiahkan Tiket Umrah Kepada Petani

The post Dua Penterjemah Bahasa Isyarat Di Konsert Coldplay Singapura Tular appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*