Dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL
Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

KTMB memaklumkan, tiket tren tambahan ini akan mula dijual pada esok (9 Januari) bagi perjalanan pada 19 hingga 24 Januari.

“Perkhidmatan ETS tambahan ini akan berlepas dari KL Sentral pada pukul 5.05 petang dan tiba di Padang Besar pukul 10.34 malam.

“Selain itu dari Padang Besar, tren ETS akan berlepas pada pukul 11 pagi dan tiba di KL Sentral pukul 4.36 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, tren tambahan ini menawarkan 630 tiket sehari dan menjadikan jumlah keseluruhan 3,780 tiket termasuk koc kelas perniagaan.

“Inisiatif ini sebagai memenuhi permintaan penumpang yang tinggi ketika musim perayaan serta menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman dengan selesa dan selamat,” katanya.

Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan tiket melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas.

Hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau layari saluran media baharu di media sosial rasmi KTMB untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Dua perkhidmatan tren ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*