KPWKM Lancar Pusat Sokongan Sosial Setempat Transit Pertama Di Malaysia

Pusat Sokongan Sosial Setempat

Pusat Sokongan Sosial Setempat Transit Pertama Di Malaysia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Shukri telah merasmikan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Transit pertama di Malaysia, beberapa hari lepas.

Menurut KPWKM, PSSS Transit di Kelantan merupakan inisiatif kementerian itu melalui Yayasan Kebajikan Negara, bagi menangani isu psikososial dalam masyarakat.

“Pusat ini menyediakan perkhidmatan bantuan psikososial yang holistik dengan sesi bimbangan dan kaunseling, sokongan emosi, mengurangkan tekanan melampau

“Transit sementara berbentuk immediate relief menjadi pusat penerimaan aduan dan intervensi awal sebelum dirujuk kepada jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan,” jelas kementerian berkenaan.

Pengoperasian PSSS Transit mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan

Seterusnya, ia juga mendapat kerjasama daripada Kaunselor Berdaftar dan beberapa agensi kerajaan.

Antaranya ialah Lembaga Kaunselor Malaysia, PERKESO, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Pendudukan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia (ISM) serta Talian Kasih 15999 (KPWKM).

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), D11 Polis Diraja Malaysia, One Stop Crisis Centre dan Hospital Raja Perempuan Zainab II turut memberi kerjasama.

Penubuhan berkenaan difahamkan bertujuan menerima maklum balas daripada klien dan jabatan agensi berkaitan melalui kes-kes program outreach.

“Penubuhan ini selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar

“Pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi serta sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.

Masyarakat perlu memberi perhatian terhadap orang sekeliling

Nancy  turut menyeru agar masyarakat sentiasa peka dan prihatin terhadap orang sekeliling khususnya keluarga, saudara atau jiran terdekat.

Di samping itu, sekiranya ada individu mempunyai isu kemurungan, keganasan rumah tangga, pasca penceraian, pengabaian, penderaan, gangguan seksual, pemerdagangan manusia, kesihatan mental ataupun ketagihan dadah boleh mendapatkan bantuan intervensi awal di PSSS.

BACA: Program Graduan Kijang Dibuka, Tawar Peluang Bertugas Di BNM

Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM via Facebook

The post KPWKM Lancar Pusat Sokongan Sosial Setempat Transit Pertama Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*