Polis Buru Suspek Baling Objek Besi, Sebabkan Polis Cedera

Dua Polis Peronda Cedera

Polis Buru Suspek Baling Objek Besi, Sebabkan Polis Cedera

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes kejar sehingga mengakibatkan dua anggota polis cedera.

Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku di Kilometer 215 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Taiping pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berjaya melarikan diri.

“Suspek yang dikejar itu telah lolos, usaha mengesan sedang digerakkan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku sekitar 6.50 pagi itu, kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 (SPANCO) yang dinaiki dua anggota itu dilapor hilang kawalan.

Akibatnya, dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia 29 dan 38 tahun mengalami luka di kepala dan sakit di beberapa bahagian termasuk dada dan tengkuk.

Kenderaan itu dipercayai terbabas lalu berpusing sebelum melanggar penghadang jalan.

Menurut Sinar Harian, kemalangan itu berlaku selepas MPV melanggar satu objek besi yang dilemparkan suspek.

MPV berkenaan ketika itu sedang memberi bantuan kepada lima lagi MPV polis dari IPD Ipoh dalam usaha menahan kenderaan dinaiki suspek.

Bantuan diberikan selepas menerima arahan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Dalam pada itu, kereta peronda polis mengejar kenderaan suspek sejauh lebih 50 kilometer iaitu dari Plaza Tol Ipoh Utara melepasi ke Plaza Tol Changkat Jering di Taiping.

Dalam kejadian mengejar suspek, dua anggota yang menaiki MPV berkenaan memberi amaran menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali.

Menurut Sinar Harian lagi, perkara ini dilakukan untuk meminta suspek memberhentikan kenderaan.

Namun begitu, amaran terbabit tidak diendahkan, malah suspek bertindak untuk melempar keluar objek besi.
Objek besi yang dilemparkan mengenai bahagian bawah kereta peronda polis.

The post Polis Buru Suspek Baling Objek Besi, Sebabkan Polis Cedera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*